Pelakon berkaliber, Fathia Latiff tampil menegaskan dirinya hanyalah sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman dan bukannya sebagai seorang peguam seperti yang didakwa ramai, sebelum ini.
Menurut pelakon drama popular Ariana Rose itu, penjelasan yang dikongsikan di Instagram miliknya itu bagi meleraikan salah faham yang telah tular di media sosial, selepas dia memuat naik foto sedang bekerja baru-baru ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai kerani di sebuah firma guaman dan bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.
“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang,” katanya.
Justeru, Fathia turut memohon maaf sekiranya kapsyen hantarannya sebelum ini telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan warganet.
Ads
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan dalam media sosial telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” coretnya lagi.
Ads
Sebelum ini, pelakon berusia 35 tahun itu ada memuat naik sekeping foto yang dilihat dirinya sedang bekerja di sebuah pejabat guaman, sehingga menjadi bualan ramai pihak di serata media sosial.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fenomena selebriti dari Korea memang sudah tidak asing lagi bagi peminat di negara kita. Ramai penyanyi dan pelakon mereka menjadi kegilaan masyarakat kita, bukan hanya yang muda, malah seluruh lapisan umur.
Tidak dinafikan wajah tampan dan jelita yang dimiliki mereka membuatkan ramai yang ‘jatuh cinta’ setelah melihat personaliti Korea.
Walaupun mungkin ramai yang mengganggap bahawa kecantikan yang dimiliki bukannya asli, tetapi kita tidak boleh menafikan hak yang mereka ada untuk melakukan sebarang transformasi.
Kalau korang ingin tahu bagaimana agaknya wajah asli mereka sebelum bergelar bintang terkenal, berikut kami senaraikan gambar antara personaliti wanita Korea dulu dan sekarang yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Vonne Kim.
1. Bae Suzy
2. Jun Ji Hyun
3. Park Min Young
4. Son Ye Jin
5. Lee Ji Eun (IU)
6. Kim Yoo Jung
7. Kim So Hyun
8. Yoo In Nah
9. Kim Go Eun
10. Sulli
11. Jang Nara
12. Kim Many
13. Song Hye Kyo
14. Park Bo Young
15. Park Shin Hye
Sebenarnya mereka ni memang dari dulu pun dah cantik kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Uqasa Senrose mengakui dirinya menyesal setelah ‘terlayan’ kata-kata individu yang mengaitkan dirinya sebagai punca kematian seorang wanita yang mendakwa pernah dibuli oleh Uqasha ketika zaman persekolahan.
Uqasha ketika ditemui REMAJA semalam terkilan apabila muncul rakan kepada arwah yang menyalahkannya menerusi ciapan peribadi di laman X.
“Aku harap Uqasha happy la buat kawan aku macamtu, kali ni tuntut di Padang Mahsyar is real.” – netizen
Ujar Uqasha, “Bila saya bangun tidur pada pagi itu (selepas individu tersebut menyelarnya secara sarkastik di laman X), saya terus mendapati diri saya dicop sebagai pembuli sehingga menyebabkan kematian kawannya. (Di bahagian komen pula), orang menuduh saya, ‘Oh inilah pembunuh‘.
“Tuduhan seperti ini bukan sekecil-kecil anak. Bila saya pertahankan diri pula, orang luar melabel saya ‘tak relaks‘. Padahal saya sudah relaks lama, malah sudah menggunakan khidmat peguam.
“Apabila arwah dijatuhkan hukuman untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka dan didenda sebanyak RM200,000, rakannya pula tampil ke depan menuduh sayalah punca badan arwah susut dan akhirnya menyebabkan kematian kerana saman tersebut. But in the first place, why did she (arwah) start it after 15 years?” soalnya.
“Chill Lah Babe, Tak Perlu Melantun..”
Tidak terhenti di situ, pengguna laman X terbabit juga didapati menyertai sesi siaran langsung (live) di apikasi TikTok Uqasha.
“Masa saya tahu dia telah meninggal dunia, saya rasa sedih juga kerana tidak sempat bersemuka untuk bertanyakan apa masalah yang timbul antara arwah dengan saya. Tak sempat untuk meredakan keadaan. Sudah ditakdirkan arwah pergi dahulu.
“Cuma saya terkejutlah, tiba-tiba kawannya pula mengungkit pertuduhan yang sama. Sejak kes Kamal (Adli, suami) kena ketuk (di kepala), dah keluar pertuduhan-pertuduhan seperti ‘karma is real’ ini.
“Sudah setahun kes ini berlarutan tapi saya sentiasa diamkan sahaja diri. Saya biarkan peguam saya untuk mewakili saya bercakap. Jadi bila rakan arwah ini menuduh saya mudah melantun, sebenarnya itu salah. Saya sudah lama diamkan diri.
“Sampailah saya dituduh sebagai ‘pembunuh mangsa buli’. Saya rasakan itu satu pertuduhan yang berat dan saya perlu pertahankan diri. Tak semestinya kerana saya seorang public figure, saya tak boleh bersuara. Tapi bila bersuara di TikTok Live, keluarlah komen-komen seperti, ‘Uqasha mudah melatah. Uqasha koyak. Chill-lah babe, tak payah melantun‘.
“Bila seseorang dituduh sedemikian, mestilah emosi akan membuak-buak. Selama ini saya tahan sahaja. Dia sengaja nak membakar dan saya akui, dia berjaya (membakar perasaan Uqasha sewaktu di TikTok Live),” katanya.
Tatkala REMAJA bertanyakan jika Uqasha dan peguamnya akan mengambil tindakan perundangan terhadap individu terbabit, Uqasha sekadar memberi komen ringkas, “Wait and see,”.
“Beginilah. Kalau betul saya salah dan kalau betul saya pernah membuli, tunjukkan satu bukti yang padu pun cukuplah. Buktikan arwah terpaksa jawab PMR di hospital (kerana dibuli), buktikan arwah terpaksa pindah sekolah semasa SPM. Semua itu adalah dakwaan arwah semasa masih hidup walaupun setahu saya, arwah bersekolah di tempat sama dan menjawab kesemua peperiksaan di tempat sama.
“Saya bukanlah nak menegakkan diri berada di pihak yang benar. Cuma apa yang saya nak sampaikan adalah saya tak pernah membuli.
“Saya tak pernah meminta bekas-bekas guru saya atau rakan-rakan di sekolah terbabit untuk mempertahankan saya. Mereka sendiri yang menciap bahawa saya suka membuat hal sendiri sahaja semasa di sekolah dahulu,” simpulnya kepada REMAJA.
***
Terdahulu, Uqasha Senrose ditemui REMAJA di majlis pelancaran jenama produk penjagaan badan (penanggal bulu roma), Ulike. Selain Uqasha, beberapa selebriti tempatan lain yang juga memeriahkan acara tersebut ialah Fasha Sandha, Anzalna Nasir dan Aprena Manrose.
Buat masa ini, terdapat dua gajet penanggal bulu roma yang dipasarkan oleh Ulike di Malaysia secara dalam talian di platform rasmi Shopee dan Lazada. Begitupun, ia dijangka membuka stor fizikal pertamanya di ibu negara pada suku pertama 2024 dan akan terus membawa masuk lebih banyak model lain untuk dipasarkan dalam kalangan pelanggan di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Long weekends minggu ni ada plan nak kemana-mana tak? Kalau tak pergi mana-mana dan bosan duduk rumah, try main game ni. Mungkin boleh terus bersiap dan gerak kot!
Selamat bercuti Gais!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...