Temubual eksklusif berjudul “Love Story #2 – Hari-Hari Terakhir Ashraf” yang dilakukan oleh Bunga Citra Lestari (BCL) menerusi saluran YouTube-nya baru-baru ini telah menerima perhatian ramai.
Ini memandangkan penyanyi 12 Tahun Terindah itu jarang sekali mengeluarkan kenyataan berkenaan nasib keluarganya yang kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari tahun lalu.
Bukanlah kerana BCL tidak dapat menerima takdir yang tertulis itu, baginya dia mampu untuk menerima pemergiaan suaminya biarpun ia sukar.
Cuma beberapa hari semasa kejadian berlangsung, dia masih merasakan seperti sedang bermimpi dan berharap ‘akan dikejutkan’ segera daripada tidurnya.
ARTIKEL BERKAITAN
: Pemenang Tempat Ketiga Hero Remaja 1999, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia“Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi ‘tidak tahu. Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa saja situasi. Apa pun yang terjadi, acceptance ataupun penerimaan itu penting. Barulah boleh ke peringkat seterusnya (move on).
“Saya seorang yang teratur, saya ada aturan dalam hidup saya. Ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja. Bila difikirkan kembali saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?
“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah,” kongsinya menerusi temubual berdurasi 23 minit itu.
BACA LAGI : Best Dad Ever Milik Ashraf Sinclair, Hai Bapa 2020 Dirai Noah
Tanggal ulang tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh BCL sekeluarga dan teman rapat mereka. Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.
Salah seorang pengguna Twitter yang dikenali menerusi akaun @ipykaa4 telah berkongsi pengalamannya semasa berada di Jakarta pada tarikh 18 Februari tahun lalu.
Menurut Syafiqah Sukor, dia berada di sana tahun lalu untuk menghadiri acara konsert Love Fest dan menyaksikan BCL melakukan persembahan di sana. Bagaimanapun, suratan lain yang telah tertulis.
“Suppose to be in Jakarta for Love Fest to see Kak Unge performs. But turned out to be a heartbreaking moment for BCL and I still remember how sad everyone was that day,” katanya sambil berkongsi video yang menampakkan barisan gubahan bunga ucapan takziah kepada keluarga BCL.
“Masa sampai (di rumah keluarga BCL), memang banyak sangat orang di luar rumah. Banyak media. Yang dalam rumah semua keluarga, kenalan rapat dan rakan artis.
“Masa itu, rasa sedih dia Tuhan saja tahu. Saya seorang saja (di sana) pada masa itu, jadi (untuk) solat Maghrib dan Isyak saya join keluarga arwah Ashraf.
“Kemudian, baca surah Yasin seorang-seorang sampai 3 kali ulang sebelum tahlil bermula,” tambahnya. Seperti peminat lain, Syafiqah turut mendoakan agar BCL dan Noah mampu melalui kehidupan baharu mereka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Ashraf Sinclair ya.
Berikut merupakan temubual penuh bersama Bunga Cintra Lestari untuk tontonan korang.