Setahun Selepas Diserang Kanser, Brendan Gan Bangkit Catat Kemenangan Besar Untuk Selangor FC

Share

Lebih kurang setahun yang lalu, pemain bola sepak Brendan Gan telah mengumumkan bahawa dirinya menghidap kanser testis dan berehat sementara waktu bagi Liga Malaysia musim lalu. Kenyataan itu dibuat sendiri oleh Brendan di laman instagramnya selepas melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

BACA: Pemain Harimau Malaya Hidap Kanser Testis, Pentingnya Pemeriksaan Dan Dikesan Awal

Namun, baru-baru ini Brendan Gan telah membuat penampilan di tengah padang dan membantu pasukan Selangor FC mencatatkan kemenangan besar 7-0 ke atas Sarawak United FC. Difahamkan, ini merupakan penampilan pertamanya pada musim 2022 dan Brendan hanya memerlukan tujuh minit untuk merobek gawang pihak lawan.

Kehadiran pemain kacukan Malaysia-Australia itu membangkitkan lagi semangat Gergasi Merah untuk berpesta gol di tempat sendiri.

BACA: ‘Brotherhood’! Siapa 5 Pemain Bola Sepak Selangor Botak Kepala Demi Brendan Gan

Menerusi sebuah temu bual, Brendan menjelaskan, “Cinta saya terhadap bola sepak sangat mendalam. Bola sepak adalah perkara yang saya minati. Apabila diberikan peluang untuk beraksi, sudah tentu ia membuatkan saya gembira.”


Malah, kebangkitan ini juga menarik perhatian ramai dan rata-ratanya terus memberikan semangat buat Brendan untuk terus beraksi di atas padang.


Tahniah diucapkan kepada Brendan di atas kesungguhan dan semangatnya terhadap bola sepak. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan lebih sukses dalam arena sukan bola sepak. Pastinya ramai peminat bola sepak yang turut mendoakan kesihatannya.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman