Setahun Selepas Tangan Dipotong Akibat Terlibat Kemalangan Ngeri, Wanita Redha Kaki Juga Perlu Dibuang

Share

Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila diuji dengan serba kekurangan. Namun sudah tersurat ujian yang harus dilalui.

Tular di media sosial berkenaan rayuan seorang suami yang meminta agar orang ramai yang berkemampuan dapat membantu mereka dari segi kewangan kerana mereka sangat memerlukannya saat ini.

Dalam satu post Suzilah Othman pasangan yang tinggal di Taman Desa Indah, Nilai terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang mana keadaan Normalina agak parah. Demi meneruskan kesimbungan kerana tidak menerima sebarang pampasan insuran, pasangan ini meminta orang ramai agar dapat meringankan bebanan dihadapi mereka. Jika sebelum ini tangan dibuang, terkini sebelah dari kaki juga perlu dibuang.

Bagi yang dikurniakan rezeki yang lebih, bolehlah membantu keluarga nie.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pada keluarga, saudara mara,sahabat handai,rakan-rakan dan yang mengenali diri saya dan isteri.

Setiap ujian Allah tu ada hikmahnya. Setelah lebih setahun 5 bulan, isteri tercinta terlantar akibat kemalangan jalan raya, sebelah tangan dipotong dan beberapa bahagian tulang patah dari kaki hingga ke tulang belakang, kami diuji lagi baru-baru ini apabila doktor mengatakan sebelah kaki isteri perlu dipotong di atas paras peha akibat masalah saraf yang menjelaskan pengaliran darah. Allahuakbar.

Bukan memohon simpati, tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sehingga kini tiada lagi sebarang pampasan diterima daripada insurans atau mana-mana pihak berkaitan. Entah di mana silapnya.








Pendapatan bulanan yang ada habis digunakan membeli ubat isteri. Pasti Allah sedang menguji hambaNya yang kerdil dan penuh dosa ini. Jika ada yang terdetik hati ingin membantu, hanya Allah membalas jasa kalian. Dan jutaan terima kasih saya ucapkan, biar sekecil RM1, amat bermakna buat kami.

Semoga Allah membalas budi kalian dan dirahmati olehNya sentiasa..dengan harapan dan DOA dari semua sudilah kiranya jika ingin menyumbang

BANK ISLAM 05058023969373 (Isteri yang sakit) *NORAMALINA BINTI ARIFIN*
MAYBANK 505104026939 SYARIFUDEAN BIN DRAWAH(suami)
Qudin Drawuh

Published by
Almaswa Haji Che Ros