‘Awek’ bernama Nur Naziha Tahang atau Nija itu inginkan semangkuk cendol kerana tidak tahan dengan cuaca panas terik. Teman lelakinya pula melayan rela kerenah Nija.
Tahap viraliti pasangan itu memang hebat di seluruh negara sehinggakan mereka dijemput ke beberapa rancangan temu bual. Malah, video mereka itu menjadi bahan parodi netizen serta selebriti.
Hubungan Nija dan teman lelakinya, Muhd Aiman Amar bagaimanapun tidak berkekalan apabila terputus pada bulan Ogos 2018.
Tup-tup kelmarin, Aiman nampaknya jelas sudah move on apabila dia menemui pengganti Nija dan mengahwini gadis bernama Nur Fazwa Atasha.
Aiman memuat naik foto akad nikah mereka dengan caption berbunyi, “25/12/2019 Alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri.”
Majlis tersebut tak sah berlangsung tanpa momen yang mencuit hati. Aiman dilihat tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM3.00 kerana rasa gementar.
Selepas 2 cubaan, akhirnya akad nikah itu disempurnakan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Difahamkan, Aiman dan Tasha saling berkenalan kira-kira setahun yang lalu menerusi respon di Insta Story. Amboi, advance ya remaja sekarang! Hehe..
REMAJA ucapkan tahniah dan semoga hubungan kalian kekal hingga ke anak cucu.
P.S: Agak-agak mereka hidangkan tak cendol kepada tetamu?