Minum air kosong mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan membantu dalam usaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Memiiki tubuh yang langsing idaman semua orang. Terutama bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan mendadak disebabkan beberapa faktor. Pelbagai tip yang dikongsi di laman sosial bagi mereka yang mahu mendapatkan berat badan ideal.

ARTIKEL BERKAITAN : “Oh My Biology!” Dr Amalina Jelas Perbezaan Kesan Minum Air Sejuk VS Air Manis

Cuma terpulang pada seseorang itu untuk kekal dengan berat yang ada atau terinspirasi melihat orang lain sudah berjaya melepasi pelbagai rintangan untuk kurus. Kena ingat salah satu sebab untuk kurus adalah disebakan kesihatan, selain untuk tampil lebih yakin di khalayak.

Setahun Tak Makan Manis, Hasilnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Seperti perkongsian wanita ini Hidayah Adam dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu rahsia berjaya menurunkan berat sehingga 43 kg.

Menurutnya sebelum itu beratnya adalah 100 kg dan dalam tempot 11 bulan telah berjaya menurunkan berat sehingga 57 kg.

Ibu kepada empat anak ini juga memulakan usaha dietnya sekitar Septemner 2019 dan berjaya pendapat berat ideal ketika PKP tahun lalu.

Tambahnya lagi, paling penting adalah mengurangkan pengambilan makanan dan mengikuti kaedah suku-suku separuh.

Walaupun setelah berjaya capai berat idaman, dia masih lagi mengamalkan pengambilan diet demikian kerana baik untuk tubuh setiap individu.

Ads

Ayuh ikuti perkongsiannya apa lagi amalan dibuat untuk lenyapkan sehingga 43 kg.

Rahsia Lenyapkan 43Kg

Just nak share pengalaman saya turunkan berat badan dari 100 kg kepada 57 kg dalam masa 11 bulan..

Saya berusia 33 tahun dan emak kepada 4 anak. Journey saya start bulan 9/2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020…

First thing saya buat adalah cut portion makan. Full bertukar kepada suku-suku separuh..

Dan sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh… bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita..

Setahun Tak Makan Manis, Hasilnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Ads

Jika tanya senaman, hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan 1) sukan muaythai 2) bodyweight training. Saya lakukan senaman 3x seminggu selama 1 jam…

Kepada fighter yang sedang turunkan berat badan 1 je saya nk pesan kentalkn fizikal dan mental..

Aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup..

Setahun Tak Makan Manis, Hasilnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Pesannya lagi seseorang kena kuat semangat untuk teruskan misi mendapatkan berat ideal ini. Apabila kita sihat badan jadi lebih ringan. Dia juga turut berkata terpaksa menahan godaan melawan nafsu makan sementelah dirinya juga seorang baker.

Ads

Apa yang saya boleh cakap, kita kena sentiasa kuatkan semangat untuk teruskan misi kita dapatkan berat ideal.

Bila kita sihat badan rasa lebih ringan. Mental kena kuat untuk lawan nafsu makan. Tinggalkan makanan manis untuk yang nak loose weight.

Saya sendiri seorang bakers dan saya tahan diri dari sentuh mknan manis selama setahun. Percaya yang kita mampu buat. Makanan yang kita suka makan apabila dah loose weight. Ingat makanan lain kali boleh makan, tapi kesihatan kita sekali je tau. Keep a goodwork n stayFIT… 

Berikut adalah beberapa kebaikan minum air kosong dalam konteks kesihatan dan penurunan berat badan:

Setahun Tak Makan Manis, Hasilnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

  1. Menjaga Keseimbangan Hidrasi:
    • Air merupakan komponen utama dalam tubuh manusia dan penting untuk memastikan semua fungsi tubuh beroperasi dengan baik. Memastikan tubuh sentiasa terhidrasi dapat membantu mengelakkan dehidrasi yang boleh mempengaruhi tahap tenaga dan kecekapan fungsi organ.
  2. Menurunkan Keinginan Makan Berlebihan:
    • Kadang-kadang, rasa haus dapat disalahartikan sebagai rasa lapar. Dengan minum air kosong sebelum makan, anda mungkin akan merasa kenyang lebih cepat dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
  3. Peningkatan Metabolisme:
    • Minum air sejuk secara berkala boleh meningkatkan kadar metabolisme sementara. Ini bermakna tubuh anda akan membakar lebih banyak kalori untuk memanaskan air yang dimasukkan ke dalam tubuh.
  4. Mengurangkan Kalori dan Gula:
    • Minum air kosong adalah pilihan minuman rendah kalori dan bebas gula, berbanding minuman bersoda atau minuman manis lain. Dengan menggantikan minuman berkalori tinggi dengan air, anda dapat mengurangkan pengambilan kalori harian dan gula tambahan.
  5. Memelihara Fungsi Buah Pinggang:
    • Pengambilan air yang mencukupi membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang. Buah pinggang yang berfungsi dengan baik penting untuk menyingkirkan sisa toksin dari dalam tubuh.
  6. Membantu Penghadaman:
    • Air membantu melancarkan proses pencernaan dan membantu dalam penyerapan nutrien. Ini dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti sembelit.
  7. Peningkatan Tenaga:
    • Hidrasi yang mencukupi dapat meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan fizikal. Ini dapat membantu dalam menjalankan aktiviti senaman untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan.
  8. Menyokong Kulit yang Sihat:
    • Air membantu melembapkan kulit dari dalam, menyokong penampilan kulit yang sihat dan merangsang pengeluaran minyak semula jadi.

BACA LAGI : Air Daun Pandan Boleh Hilangkan Bau Badan. Ini Petua Orang Dulu-Dulu!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI