Setelah 17 Tahun Berpisah.. Ben Affleck Dan Jennifer Lopez Kembali Bersama?

Share

Setelah 17 tahun pasangan selebriti terkenal dunia ini Ben Affleck dan Jennifer Lopez memutuskan pertunangan mereka, ‘Bennifer’ kelihatan lebih mesra dan dikatakan juga telah pergi bercuti bersama-sama selama lebih kurang seminggu. Selepas kedua-dua selebriti ini dilaporkan bertolak ke VAX Live Concert di Los Angeles secara berasingan pada 2 Mei yang lalu, mereka juga bertolak ke Yellowstone Club di Montana dimana mereka dikatakan pergi bercuti bersama-sama. Menurut sumber E! News

, “Mereka hanya pergi berdua, tiada orang lain selain mereka”.
Sumber: E! News Online

Didalam sebuah foto yang didapati daripada Daily Mail kelihatan Ben Affleck dan Jennifer Lopez bersama didalam kereta dan bersiar-siar di Montana. Pada sebulan sebelumya, Jennifer dan bekas tunangnya Alex Rodriguez telah dikatakan sudah pun putus tunang setelah hampir 4 tahun bersama, dan setelah sehari selepas berita mereka putus tunang, dikatakan Jennifer dan Alex telah berjumpa semula di Los Angeles pada akhir April, kerana ingin cuba ‘memperbaiki’ hubungan mereka.

Sumber: Geeky Craze

Setelah itu, Ben Affleck pula kelihatan berada di rumahnya. Ianya telah menimbulkan banyak tanda tanya. Ketika itu, banyak sumber yang mengatakan bahawa pertemuan itu hanyalah sekadar pertemuan biasa dan mereka hanyalah ‘kawan’.

Pasangan ini juga mengatakan yang chemistry diantara mereka itu tidak lagi dapat dinafikan. Ada juga yang mengatakan selepas penggambaran filem “Dominican Republic”, Ben Affleck telah menghubungi Jennifer beberapa kali dalam masa sebulan dan mengajaknya untuk makan malam bersama. Ramai yang menganggap ketika ini, mungkin mereka hanya berkawan biasa sahaja.

Sumber: Vogue

Menurut sumber, penyatuan mereka kali ini kelihatan lebih mesra dan ianya kelihatan seperti mereka ‘lebih’ daripada hanya sekadar kawan.

Melihat kembali, pada tahun 2014 setelah mereka berpisah, Jennifer pernah memberitahu didalam sebuah rancangan televisyen Today show, yang ini merupakan perpisahan yang amat menyedihkan buatnya, “greatest heartbreak”, namun, setahun selepas itu, dia mengakui yang dia tidak pernah menyesal dengan perhubungan mereka.

 

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn