Siapa yang tidak kenal dengan drama kepolisan Malaysia popular, Gerak Khas. Setelah lebih 21 tahun bersiaran akhirnya drama paling lama bersiaran dalam sejarah penyiaran negara itu melabuhkan tirainya malam tadi dengan musim terakhir bersiaran di saluran televisyen swasta, TV3.

Mula bersiaran pada 5 April 1999, drama ini merupakan antara drama yang memiliki rating tertinggi dan menjadi tontonan hiburan seisi keluarga setiap hujung minggu. Buktinya, lagu tema drama ini cukup melekat di hati sehinggakan kebanyakan dari kita boleh melantunkan melodinya dengan baik.

Kelmarin, 27 Mac 2021, drama ini telahpun melabuhkan tirainya. Dari satu drama ia berkembang menjadi rangkaian filem yang berjaya. Siapa boleh lupa dengan filem Gerak Khas The Movie dan juga filem Castello yang diinspirasikan dari satu watak di dalam filem Gerak Khas? Tidak dinafikan kita membesar bersama rantaian drama ini dari musim ke musim.

Ads
Setelah 21 Tahun, Akhirnya Gerak Khas Melabuhkan Tirai
Watak Azura seorang wartawan lakonan Puan Sri Normala dalam Gerak Khas The Movie. Ikonik!

Salah seorang pelakon yang sinonim dengan drama dan juga filem Gerak Khas, Erra Fazira berkongsi di hantaran Instagramnya, “Terima kasih kpd seluruh tenaga kerja, Skop productions, Dato’ Yusof Haslam dan rakan2 didalam GK yg bekerja keras utk menghasilkan karya yg telah mencipta sejarah dlm industri tanah air.

Ads

Terima kasih di atas seribu satu pengalaman dan kenangan. Ada rezeki, InsyaAllah kita jumpa lagi.Terima kasih kpd anda penonton GK, setelah 21 tahun kini GK melabuh tirai. Tanpa kalian, GK tidak mungkin bersiaran selama ini.”

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Agak-agaknya kita akan disajikan lagi tak dengan drama-drama yang memaparkan kehidupan dan cabaran anggota beruniform? Tunggu dan lihat. Kalau di luar negara, Amerika Syarikat contohnya, memang banyak drama bersiri ditayangkan berdasarkan kerja yang mulia ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI