Setelah 27 Tahun Beroperasi, Chili’s Malaysia Tutup Cawangan Pertama Di Bangsar

Share

Satu demi satu premis perniagaan ditutup gara-gara terkesan teruk sejak situasi pandemik COVID-19 tahun lalu. Kini, restoran francais popular, Chili’s Malaysia akan menutup operasi cawangan pertama mereka di Bangsar.

Dalam perkongsian yang telah dimuat naik menerusi Instagram @chilismy, Chili’s Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah mengunjungi dan memberi sokongan selama 27 tahun beroperasi di Bangsar Shopping Centre (BSC).

Foto: Facebook Chili’s Malaysia

Ramai warganet yang meluahkan rasa sedih kerana menganggap cawangan tersebut banyak menggamit memori bersama insan tersayang.

Walau bagaimanapun, korang masih lagi boleh menikmati momen-momen terakhir di restoran cawangan BSC ini sehingga 31 Mac 2021.

Foto: Facebook Chili’s Malaysia

Sejak tahun lepas lagi, kita sering dikejutkan dengan berita-berita seumpama ini. Diharap kepada semua individu yang terkesan, terus kuat dan semoga dimurahkan lagi rezeki korang.

Sumber: chilismy

Published by
Noor Ain Norman