Setelah 37 Tahun, Gaun Ikonik Miss Universe 1984 Buat Kemunculan Semula

Share

37 tahun lalu Desiree Verdadero telah mengharumkan nama Filipina setelah berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe edisi 1984. Dia yang ketika itu merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang berjaya berada di kedudukan lima terbaik telah membuka mata penonton dan penggemar fesyen antarabangsa menerusi rekaan gaun yang digayakan.

Disifatkan sebagai rekaan yang melangkaui masa, ia bukanlah gaun yang kebanyakan wanita gayakan pada tahun 1980an sebaliknya gaun tersebut lebih santai dan tidak terlalu mengikut bentuk tubuh.

Aya dalam balutan buasana milik ibunya, Desiree Verdadero. Sumber gambar: Facebook Binibining Pilipinas
Desiree Verdadero di samping Miss Universe 1984 sebagai pemenang tempat keempat. Sumber gambar: normannorman.com

Direka oleh pereka fesyen, Renee salud, rekaan gaun dengan corak abstrak multiwarna ini dikatakan mencedok inspirasi dari fabrik orang Merano yang merupakan komuniti yang mendiami wilayah Mindanao di selatan Filipina.

Kini setelah 37 tahun, gaun ini diberikan nafas kembali oleh Miss Grand International Philippines 2019, Aya Abesamis. Sebagai anak kepada Desiree, semestinya tiada wanita lain yang lebih layak untuk menggayakannya semula selain dirinya.

BACA JUGA: Menarik & Menawan, Ini 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati!

Aya yang kini berusia 29 tahun menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis I Am Binibini yang mengumpulkan pemenang-pemenang terdahulu pertandingan kecantikan terbesar di negaranya.

Dalam hantaran di laman Instagram, wanita aggun ini berkata, “Ini semestinya lebih dari sekadar gaun, ia merupakan seni yang dihasilkan oleh Renee Salud. Nak dipendeikkan cerita, gaun ini merupakan gaun ibu saya yang dipakainya ketika malam kemuncak Miss Universe 1984. Saya sangat gembira kerana dapat menggayakannya khusus untuk majlis istimewa I am Binibini.”

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen