Aurora Aksnes, seorang penyanyi dan komposer musik berasal daripada Norwegian dan berusia 25 tahun ini kembali viral setelah lagunya digunakan didalam sebuah filter di Tiktok dan Instagram.
Pada sebulan yang lalu, telah viral di Tiktok dengan lagu ‘Runaway’ yang dijadikan sebagai lagu untuk filter dimana pengguna boleh ‘posing’ dan frame akan freeze untuk beberapa saat, dan menunjukkan bayang-bayang pose mereka, berlatarbelakangkan imej sejenis ethereal atau seperti di angkasa. Pendengar juga mengatakan yang lagu ini memberikan kesan ‘fantasi’ kepada mereka, dengan tempo musiknya dan lirik lagunya, memberikan feel tersebut. Pada mulanya, lagu ini telah dikeluarkan pada tahun 2015 secara rasmi di Youtube Aurora sendiri.
Tetapi, sejak lagu ini telah popular digunakan di Tiktok berulang kali, ‘Runaway’ telah berjaya memecah rekod Hits Top Single Charts 100 dan kini berada di tangga yang ke-34, melonjak naik 25 anak tangga daripada sebelumnya. Dikatakan juga yang lagu ini melonjak naik 10 anak tangga dalam setiap minggu. ‘Runaway’ juga berada di tangga yang ke-4 di Global Shazam Chart,
tangga ke-19 pada Spotify Global Viral Chart dan 27 di Global Spotify Chart.Ketika temubual REMAJA bersama Aurora Aksnes, apabila ditanya tentang perasaan beliau kerana lagunya melonjak naik secara tiba-tiba walaupun setelah bertahun dikeluarkan, beliau berasa pelik dan ianya tidak masuk akal baginya dan Aurora juga berkata yang internet tidak akan pernah masuk akal, dan ianya tidak memberi kesan yang sangat besar kepada dirinya dan tidak membawa apa-apa perubahan yang besar, namun, beliau berasa sangat kagum dan bersyukur kerana lagunya tiba-tiba muncul menjadi sebuah hits.
Aurora juga berkata yang beliau mendapat ilham untuk menulis lagu ini daripada alam semulajadi. Beliau merupakan seorang yang menyukai alam sekitar, dan bagi Aurora, alam semulajadi adalah sangat tenang, vibrant, and alive. Runaway telah diinsipirasikan daripada alam semulajadi sendiri atau dalam erti kata lain ‘mother nature’.
Aurora juga menulis lagu ini sambil melihat laut, dan beliau berada dihadapan laut yang tenang ketika itu.Selain dari alam semulajadi, beliau juga terinspirasi dengan orang sekelilingnya, bagi Aurora, manusia mempunyai emosi dan mereka sering kali menyembunyikan perasaan mereka, membohongi emosi dan perasaan sendiri, sedangkan mereka berasa sedih, Aurora menjadikan itu sebagai sumber inspirasinya untuk beliau mengekspresikan perasaanya, sekaligus mengekspresikan perasaan orang lain didalam lagunya ini.
Ketika ditanya tentang rancangannya pada masa hadapan, beliau mengatakan yang dia akan mengeluarkan sebuah album dan ianya bakal dilancarkan pada tahun ini, dan albumnya bakal membawa sebuah nafas baharu dan walaupun ianya sesuatu yang baru buat dirinya, dia masih ingin mencuba segala jenis genre musik, kerana dia yakin akan kebolehan dirinya. Namun begitu, Aurora masih belum lagi mengumumkan bila album terbaharunya akan dikeluarkan.
Gadis manis dari Norwegian ini juga memberitahu REMAJA yang jika dia ingin berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, beliau ingin melakukannya bersama artis yang masih belum dikenali, kerana dengan itu beliau percaya yang dia dapat membantu mereka untuk naik dan pergi lebih jauh.
Nasihat beliau kepada anak muda diluar sana yang ingin menceburi industri seni musik, beliau mencadangkan supaya mereka mencari sebab utama kenapa dan apa yang mereka ingin lakukan, terdapat banyak cara untuk masuk kedalam industri seni musik, dan diantaranya adalah mereka boleh menjadi penerbit lagu, penulis lirik dan penyanyi, dan macam-macam lagi. Jika mereka ingin menulis lagu, Aurora mengatakan kemungkinan mereka boleh mencari inspirasi tersebut dari diri mereka sendiri.
Pesanan terakhirnya kepada semua peminat adalah dia berasa sangat terharu dengan segala sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan kepadanya. Aurora juga memesan kepada peminat barunya, yang mereka sekarang berada didalam sebahagian keluarga besar Aurora juga, dan jika mereka berasa seperti tidak disayangi, ketahuilah yang masih ada keluarga disini (fan club Aurora) yang menyayangi mereka.
Saksikan kompilasi penuh filter ‘Runaway’ di Youtube: