Isi Kandungan

Perambil alihan jawatan Menteri Pendidikan oleh Dr. Maszlee Malik daripada Tun Dr Mahathir punya impaknya kepada netizen.

 

Ada yang tidak bersetuju kerana beranggapan Tun M harus kekalkan saja keputusan awal tersebut memandangkan beliau mempunyai kredibiliti ke atas masa depan pelajar. Sentimen ini melarat sehingga membawa kepada kewujudan sebuah petisyen online iaitu di change.org

Namun, majoriti menyambut baik disebabkan dua perkara. Satu, Tun Dr. Mahathir telah mengakui wujudnya poin di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia tidak boleh memegang jawatan menteri di dalam kabinet dan netizen seharusnya menghormati poin tersebut.

Dan keduanya, Dr. Maszlee memiliki pengalaman sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat untuk badan pemikir, iaitu IDEAS. Oleh itu, beliau mempunyai idea asas mengenai hala tuju pendidikan negara buat masa ini.

 

Ads

* * * * *

Apa-apa pun, Dr. Maszlee dalam temuramah terbaru bersama  Astro Awani malam tadi telah mengemukakan 4 idea yang ingin difokuskan oleh beliau selain mengubah sistem berorientasikan peperiksaan yang dilihat rigid. Apakah idea itu?

 

01

Pentingkan konsep pembentukan karakter untuk menghasilkan pelajar yang berinovasi dan kreatif. 

 

Ads

Setelah Ambil Alih, Ini 4 Idea Utama Sistem Pendidikan Dr. Maszlee Malik

02

Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada SEMUA, termasuklah golongan kurang berkemampuan di bandar dan luar bandar.

 

03

Beban guru akan dikurangkan dengan adanya sokongan pembantu pengajar dan kelas yang akan dikecilkan.

Ads

 

Setelah Ambil Alih, Ini 4 Idea Utama Sistem Pendidikan Dr. Maszlee Malik

04

Studying should be fun! Pembelajaran dan pengajaran baru ini akan dijadikan lebih seronok dan menggembirakan.

 

Apa pendapat korang?

Apakah lagi pembaharuan yang dirasakan relevan seiring dengan perubahan zaman dan teknologi sekarang?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI