Keputusan bekas model antarabangsa yang berhijab, Halima Aden untuk mengundurkan diri daripada dunia peragaan pada minggu lalu nyata telah menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat fesyen sedunia.
Walaupun Halima baru berkecimpung sebagai model profesional selama 3 tahun, namun penglibatannya telah meninggalkan impak kepada banyak jenama apabila dia sering terpilih untuk menyertai penggambaran kempen fesyen mahupun acara runway di minggu fesyen.
Justeru, setelah Halima dengan terbukanya meluahkan perasaan mengenai cara dunia fesyen yang seakan ingin mendesaknya menukar imej hijab mengikut citarasa mereka sendiri, Halima tidak teragak-agak untuk mengucapkan selamat tinggal.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir ‘Terpesong Imej’ – Model Hijabi, Halima Aden Nekad Tinggalkan Fesyen Demi Islam? – REMAJA
Tinjauan REMAJA pada akaun Instagram Halima yang kini diikuti oleh lebih 1.4 juta followers juga mendapati kebanyakan foto lama daripada ‘zaman’ modelling-nya telah dipadam. Hanya beberapa foto saja yang Halima rasakan sesuai dengan imej hijabnya kekal di situ.
Untuk pengetahuan korang, Halima mula dikenali setelah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2017 dan berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir.
Walaupun tidak menang, Halima telah menjadi amat popular dalam dunia ratu cantik sehingga dia diberi mandat selaku juri pertandingan Miss USA 2017 – iaitu pada tahun sama dia kecundang di Miss Minnesota!
Kini setelah meninggalkan dunia modelling, ada ura-ura yang mengatakan Halima akan kembali menyertai pertandingan ratu cantik.
Cumanya, dia tidak lagi mahu mewakili Amerika Syarikat. Sebaliknya, dia lebih interested untuk membawa nama Somalia sebagai wakil PERTAMA negara itu ke Miss Universe!
Catatan Halima berbunyi, “Saya akan menjadi Miss Universe Somalia pertama. Kepada peserta lain, watch out, kini saya datang,” hangat diperkatakan oleh orang ramai yang teruja dengan kemungkinan seorang gadis berhijab menyertai pertandingan Miss Universe.
Bagaimanapun, Halima tidak maksudkan edisi Miss Universe 2020. Katanya, diia ingin menjadi Miss Somalia untuk edisi Miss Universe 2024 kelak semasa berusia 27 tahun.
*
REMAJA tidak pasti mengapa Halima ingin menunggu selama 4 tahun lagi untuk menunaikan impiannya itu. Dan mungkin sekali dalam tempoh 4 tahun ini, Halima akan berubah fikiran dan mempunyai perancangan lain.
Mengikut komen yang dihantar oleh peminat ratu cantik, mereka faham dengan keputusan Halima ini memandangkan dunia masih bergelut dengan norma baharu setelah kita mengalami pandemik Covid-19.
Selain itu, ada juga yang memandang serong terhadap ‘drama’ yang dicetuskan oleh Halima ini. Mereka beranggapan semua ini hanyalah untuk menarik perhatian media seluruh dunia.
Tidak kurang juga yang berpendapat, Halima tidak seharusnya fokus untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantil. Dengan pengaruh yang dia ada sekarang, Halima boleh menjadi seorang influencer kepada remaja di seluruh dunia.
*
Apa pendapat korang?
Adakah ini hanyalah satu bentuk ‘drama’ dan Halima tidak harus fokus pada peluang menyertai pertandingan Miss Universe?
Ataupun masa 4 tahun adalah sesuatu yang diperlukan olehnya untuk mempersiapkan diri menjadi seorang Miss Universe?