Pereka Fesyen ‘Bongkar’ Rahsia Pernikahan, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Disatukan 23 Januari Lalu

Share

Teka-teki perkongsian klip video perkahwinan pasangan pelakon berbakat besar, Nad Zainal dan Ungku Ismail yang menerima perhatian warganet hari ini, terjawab selepas pereka fesyen terkenal, Seth & Luna membongkar rahsia mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut.

Menerusi satu hantaran di Instagram, demi menjaga hubungan persahabatan selama tujuh tahun , Seth & Luna mengakui terpaksa menyimpan rahsia terbesar majlis pernikahan kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Sedar, Boleh Berbual Dan Gelak Ketawa” Budak Ijat Pula ‘Update’ Perkembangan Terkini Nad Zainal

“Bermula sebagai pelanggan Seth & Luna dan seterusnya kami diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar. Itu adalah penghormatan atas tujuh tahun kami bersahabat.

“Setelah lebih tujuh tahun, berbagai ujian yang dihadapi, sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Nad mengetuk pintu kami dan menyerahkan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahannya bersama bakal suami. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal dan Ungku Ismail. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah,” coretnya panjang.

Sebelum ini, pasangan itu memberi bayangan di platform media sosial itu bahawa mereka sudah mendirikan rumah tangga.

Menerusi klip video pendek, pasangan itu yang saling menggenakan sepasang busana berwarna putih turut berpimpin tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan.

Bukan itu sahaja, di ruangan kapsyen tertulis emoji berbentuk hati selain tarikh 23 Januari 2023, merujuk kepada tarikh istimewa mereka disatukan.

Perkongsian berkenaan sekaligus dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti termasuk para pengikut mereka yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Nad Zainal


Published by
Fath