Tidak semua orang berpeluang untuk meneruskan hubungan cinta bersama ‘highschool sweetheart’ mereka hingga ke alam dewasa.
Bagi pelakon dan juara Dewi Remaja 2014/2015 Raysha Rizrose, biarpun dirinya sudah sepuluh tahun menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya Nabil Jeffri yang juga merupakan seorang pelumba kereta Formula 3, itu tidak bermakna mereka tidak mengalami naik turun dalam perhubungan.
Ketika ditemui pada majlis pratonton koleksi busana perkahwinan RR Bridal RTW 2022 oleh pereka fesyen duo, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil; Raysha, 26 yang dipilih sebagai ‘muse’ rekaan mereka berkata dirinya selesa untuk go with the flow dan tidak terlalu meletakkan tekanan baik pada bahunya atau bahu kekasih.
“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami lalui hubungan jarak jauh (LDR) kerana masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah sepuluh tahun, cepat masa berlalu,” kata pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz ini.
Tambah Raysha, mereka juga pernah putus cinta selama empat bulan sebelum Nabil, 29 berjaya memujuknya semula. Dan kini setelah melihat kakak-kakaknya seperti Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose selesai mendirikan rumah tangga, Raysha tidak menolak jika perasaan untuk bergelar isteri hadir dengan sendirinya.
Ads
“Nabil sudah bersedia (untuk berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya.”
“Pada umur sekarang, semestinya kami sudah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat ini, masih dalam perancangan lagi.
“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah membuat saya tertekan. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.
“Kini saya rasakan detik itu sudah sampai. Alhamdulillah pada usia 26 tahun saya sudah capai apa yang dimahukan. Kakak semua pun sudah berkahwin. Jadi inilah masanya untuk saya move on dengan hidup,” katanya mengakui belum dirisik oleh buah hatinya itu.
Apabila diajukan pula soalan mengenai tip kekal setia dengan kekasih, Raysha secara ringkas berkata dia dan Jeffri akan segera berbincang dan selesaikan masalah yang timbul.
Lagi pula apabila perlu berdepan LDR atau perhubungan jarak jauh, Raysha sejak usia remaja lagi sudah mematangkan diri dalam perihal hubungan dan memahami tuntutan kerjaya Jeffri sebagai seorang pelumba kereta Formula 3 di luar negara.
Ads
Mengenai perkahwinan impiannya pula, dia sekadar inginkan sebuah majlis yang sederhana dan tidaklah terlalu mewah. Yang penting, ia meriah dihadiri keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat yang akan meraikan hari bahagiannya bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada minggu lalu, kecoh sebentar dunia media sosial apabila pasangan selebriti popular, Nick Jonas dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi bakal bercerai.
Ini setelah aktres Priyanka Chopra dilihat tiba-tiba membuang nama keluarga Jonas daripada biografi di akaun Twitter dan Instagram-nya pada hari Isnin minggu lalu.
Lalu, warganet berteka-teki sama hubungan suami isteri yang mengikat tali perkahwinan pada 1 Disember 2018 itu telah berantakan.
Biarpun Priyanka cuba untuk meredakan situasi dengan meninggalkan komen di salah satu hantaran video Nick di instagram dengan berkata, “Damn! I just died in your arms...,” berserta emoji hati merah, mereka beranggapan bahawa tindakan Priyanka untuk membuang nama keluarga suaminya daripada akaun media sosialnya pasti dilakukan setelah berdepan masalah sama ada dengan Nick ataupun keluarga Nick.
Sehingga kini, Priyanka masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab spekulasi yang bertebaran.
Tanpa membuka mulut, Priyanka cuma aktif memuat naik foto bersama di media sosial sepanjang tempoh seminggu ini.
Semalam, Nick pula telah ‘terbang’ ke London demi menghadiri acara Fashion Awards 2021 bersama Priyanka. Pelakon Suits itu tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen mesra sebagai suami isteri bersama peminat.
REMAJA juga berpendapat mereka ingin menghabiskan masa bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka esok pada 1 Disember 2021.
Hari ini pula, Nick menerusi akaun Twitter telah berkongsi foto bersama isterinya daripada acara semalam dengan ciapan berbunyi, “The star of the show @priyankachopra,” sekaligus menepis spekulasi dirinya terasa hati dengan tindakan Priyanka sebelum ini.
REMAJA percaya Priyanka ada sebab membuang nama keluarga Jonas itu. Apa yang pasti, ia tiada kena mengena dengan suaminya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sah kalau tak ada pasangan atau couple di kampus bukan? Ini seakan dah jadi perkara normal. Biasalah tu, terutama buat seseorang yang pertama kali bercinta. Setiap pasangan pasti ada perangai dia sendiri. Dan kadangkala perangai mereka itu kalau kita lihat memang lebih kurang sahaja.
Nak tahu apakah jenis pasangan yang wujud di kampus?
Jom sama-sama kita tengok 10 jenis pasangan di bawah. Adakah korang terdiri daripada salah satu pasangan di bawah. Hiks!
Paling popular
Sama cantik, sama padan. Mereka berdua ini merupakan pasangan paling popular dan cukup sesuai sekali. Ke mana sahaja mereka pergi pastinya akan menjadi perhatian dan bualan ramai. Ramai yang iri hati dengan mereka berdua, itu perkara pasti. Bagai pinang dibelah dua; si jejaka kapten bola sepak manakala si gadis pula ketua pandu puteri.
Normal
Ini pasangan biasa yang kita lihat. Biasanya couple ini belajar dalam satu kelas atau pun belajar di satu fakulti. Atau mungkin juga percintaan antara senior dan junior. Comel gitu!
Gila berkepit
“Tak rasa rimas ke?” Mungkin itu persoalan setiap orang yang melihat couple ini yang hampir 24 jam sehari asyik berkepit saja. Mereka juga biasanya dah tak peduli akan dunia orang lain – hanyut dalam dunia mereka. Romantis katanya. Blerghhh!
Couple waktu rehat
Kalau bukan waktu rehat memang susah nak tengok couple ini bersama. Di waktu lain mereka lebih senang bersama kawan-kawan. Disebabkan itu juga couple ini sangat disenangi ramai. Bagi mereka berjumpa di waktu rehat atau habis kelas sudah mamadai.
Sempoi Gila
Pada mulanya couple ini hanya kawan biasa. Mereka berdua pua sangat happy go lucky dan tidak peduli kata orang. Suka lakukan aktiviti yang lain daripada orang lain seperti pergi layan gig, main paintball dan panjat gunung. Nak tengok mereka berkasi berkasi romantik di khalayak ramai? Jangan mimpi.
Pasangan ini memang akan sentiasa menjadi misteri kepada semua orang. Si gadis seorang yang cantik sofistikated dan sangat fashionable. Manakala si jejaka pula seorang nerd yang minat komik, video game dan suka kumpul action figure.
Kaki sukan
Di kalangan rakan-rakan kamu pasti akan ada mat dan minah yang sangat aktif dalam bidang sukan. Habis je kelas, memang di padang atau gelanggang sajalah mereka. Dan di sini jugalah mereka bertemu pasangan masing-masing.
Konon malu
Apa akan jadi kalau dua orang manusia pendiam bercinta? Inilah gayanya mereka, waktu keluar dating pun masih malu-malu. Bukan kerana dibuat-buat tetapi itulah personaliti mereka.
Hobi bergaduh
Belum lagi kahwin tetapi berkelahi mengalahkan orang anak 5! Kita sebagai kawan mereka pun terkena tempias. Bila mereka bergaduh dengan kita sekali tersepit di tengah-tengah. Kalau bergaduh satu sekolah pun tahu!
Ulat buku
Ini contoh couple yang boleh kita contohi. Setiap masa mereka berkepit sahaja dengan buku dan tidak hairanlah kalau ingin mencari mereka agak senang. Pasti ada di perpustakaan. Bercinta bagi mereka pun lebih kepada berbincang tentang pelajaran. Pokoknya mereka tidak biarkan cinta menghalang pelajaran. Wow, hebat!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah masuk tahun baru ni mungkin ada yang berazam nak menamatkan zaman bujang, atau paling tidak pun nak mengikat tali pertunangan bersama insan tersayang.
Zaman yang serba moden sekarang ni, semua perbelanjaan boleh dikatakan agak mahal. Jadi, ada yang mengambil peluang untuk melakukan majlis yang berbajet rendah.
Kami nak kongsikan tips dari wedding dan event stylist, Muasmo yang berpengalaman selama hampir 10 tahun dalam merealisasikan impian raja sehari di majlis perkahwinan mereka.
Pernah meraikan majlis selebriti terkenal seperti pertunangan Akim & Stacy, Shima Anuar dan Lana Nordin, Muasmo juga turut menjadi antara orang kuat bagi menyerikan majlis pelancaran jenama produk-produk terkenal seperti Gucci, Marc Jacob, Salvatore Ferragamo dan YSL.
Kalau nak pelamin cantik, tak semestinya korang perlu berbelanja besar tau. Berikut merupakan tip bajet majlis tunang yang korang boleh ikut:
1. Cari kawasan atau sudut yang menarik di kawasan rumah. Contohnya, feature wall menarik, taman atau kawasan luar rumah yang berpohon rimbun.
4. Korang juga boleh sewa barangan pelamin atau dekor, di kedai yang menyewakan barang pelamin, instead of korang nak beli barang untuk buat pelamin.
5. Banyakkan buat research berkenaan tema dekor yang dipilih dan gunakan kreativiti untuk menghasilkan dekor yang dipilih bersesuaian dengan bajet korang.
Mudah dan simple kan? Kalau korang nak idea-idea pelamin menarik, boleh juga follow instagram @muasmo untuk mencari reference buat pelamin DIY korang nanti. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...