Setiap kali mata menatap karakter kegemaran korang pada skrin sewaktu khusyuk melayan drama Korea, hati terus jatuh cinta dengan cara mereka membawa diri dengan penuh berkarisma. Babak sedih ke, tergelak sakan ke, sedang marah pun; mereka tetap cantik dipandang disebabkan penampilan masing-masing.
Sebenarnya, tiada rahsia besar pun di sebalik tata gaya karakter K-Drama pun. Apa yang penting adalah cara korang membawa diri yang yakin, selalu kelihatan positif dan tentunya tahu di mana untuk mencari helaian pakaian yang mencerminkan gaya relaks namun masih sofistikated mirip karakter K-Drama.
Bagi REMAJA, korang tidak perlu tercari-cari gaya baharu selain daripada di Uniqloyang menyediakan persalinan harian yang boleh korang ‘dress up’ atau dress down’ bergantung kepada keperluan dan aktiviti pada hari tersebut.
Jom lihat apa yang menarik bersempena koleksi Uniqlo Spring/Summer 2022 yang baru mereka perkenalkan ini.
Babak : Lepak santai bersama kawan-kawan di bahagian luar restoran.
Kata kuncinya adalah siluet ringkas untuk tampak kasual dan korang perlu merasa selesa. To all the ladies, kardigan pendek amat popular pada musim ini. Si lelaki pula tidak akan gagal dengan memilih utility parka atau coach jacket yang tidaklah terlalu tebal untuk musim panas di Malaysia dan ia melindungi korang sewaktu hujan yang boleh turun pada bila-bila masa. Yang penting kalis air.
Babak : Lari sekejap ke kawasan alam semulajadi untuk menenangkan diri.
Menyatu bersama alam menghijau demi menyegarkan kembali minda dan badan. Untuk ke lokasi sebegini, korang perlukan persalinan yang ‘functional’ untuk berjalan, berbasikal dan melakukan aktiviti outdoor lain. Warna dan tekstur pakaian Uniqlo seperti sweatshirt
, hoodie dan jeans adalah bertepatan dengan tema.
Babak : Hujung minggu dihabiskan untuk mendidik diri mengenai seni visual dengan berada di galeri seni atau muzium
Tak dapat ke muzium terkenal antarabangsa, di Kuala Lumpur pun jadilah. Embrace your artsy fartsy self dengan persalinan yang lebih vibran warnanya dan dengan siluet yang lebih flirty atau clean bagi si gadis.
Babak : Biarpun kawasan persisiran pantai agak jauh dengan tengah bandar, itulah yang membuatkan perjalanan ke sana lebih menarik dan mendebarkan. Ini adalah waktu terbaik untuk mempelbagaikan OOTD di hantaran Instagram masing-masing dengan koleksi musim panas dari Uniqlo.
Fabrik seperti linen amatlah berkesan dengan keadaan cuaca di tepian pantai. Pilih persalinan dengan garisan dan siluet ringkas bagi menerbitkan rasa relaks. Seluar bermuda, seluar pendek dengan bahagian poket berfungsi, jaket linen, dress
kaftan dengan bahagian kolar ‘skipper’ ke atas adalah satu kemestian musim ini.ARTIKEL BERKAITAN : Koleksi UNIQLO x THEORY Tidak Kenal Perbezaan Jantina – REMAJA
BACA LAGI : Korang Boleh Nampak Seperti ROGER FEDERER Dengan Koleksi Khas Uniqlo Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.