Hiburan

Setiap Minggu Penuh Kejutan! Ayda Jebat Sedia Terima Kritikan Untuk Jadi Lebih Baik

Share

Penyanyi Ayda Jebat sekali lagi membuat para juri terpukau dengan membawa konsep ‘Psycho + Magic’ di dalam persembahan The Hardest Singing Show minggu keempat pada Ahad lalu.

Selain mengejutkan para penonton dengan badan terbelah dua, Ayda juga meriuhkan suasana pada malam itu dengan menghilangkan diri di atas pentas CIDB.

Ayda berkata, walaupun latihan dilakukan dalam masa yang agak singkat. Dia bersyukur apabila persembahannya berjalan lancar sehingga meraih markah 94.63% dan mendapat tempat pertama seterusnya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai RM2,000.

“Ahli silap mata itu banyak berikan tunjuk ajar. Kalau tidak lancar, persembahan ini tidak akan menjadi lebih lagi bila ada banyak kamera di atas pentas”

“Team saya sampai perlu duduk di bahagian atas (kiri dan kanan) pentas untuk pastikan helah ini berjalan dengan sempurna”

Dalam pada itu, Ayda atau Nur Suhada binti Jebat berkata, dia sedia menerima kritikan untuk memberi persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya selalu macam itu, bila kita dengar bukan saja juri tapi komen orang ramai. InshaAllah, saya akan sentiasa cuba untuk improve. Sebab bukan senang nak masuk sesuatu pertandingan”

“Jadi bila orang komen, saya akan ambil setiap input yang mereka sampaikan itu bukan sahaja untuk pertandingan ini tapi untuk persembahan pada masa akan datang juga. Penonton juga berhak memberikan ulasan supaya saya tahu bahagian mana yang perlu ditambah baik”

Selain itu, Ayda juga memandang positif komen juri Zizan Razak yang menyifatkan dirinya menyusahkan peserta lain kerana sentiasa menampilkan persembahan luar biasa setiap minggu.

“Saya hargai komen tersebut dan bila Zizan komen seperti itu, mungkin dia maksudkan yang saya sudah menetapkan penanda aras baharu bukan sahaja untuk peserta tetapi program ini juga”

Ayda berkata, “Saya juga harap program ini bukan sahaja diterima di Malaysia tapi turut diangkat ke negara luar. Saya nak program ini turut dibuat di negara lain. Bila kita jadi yang pertama, sudah tentu kita nak berikan yang terbaik”.

Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE