“Setiap Tindakan Ada Akibat..” – Myra Natasya Peserta Pertama Tinggalkan Dewi Remaja 2019

Share

 

Episod kedua pencarian Dewi Remaja 2019 semalam  menyaksikan sesi penyingkiran pertama musim ini dan..

 

Yusmyra Natasya yang mesra disapa dengan panggilan Myra menjadi finalis pertama  meninggalkan pentas Dewi Remaja, lantas menyaksikan 11 lagi orang finalis mara ke episod ketiga.

Dalam episod kedua semalam, finalis perlu berdepan dengan cabaran makeover dan juga cabara Go-See di mana mereka bertemu dengan 3 orang pereka fesyen tempatan.

Finalis dibahagikan kepada 4 buah grup (3 peserta 1 grup) dan mereka perlu sampai ke destinasi terakhir pada waktu yang ditetapkan. Malangnya, grup Myra yang juga disertai oleh Shaza Bae dan Nynaa Harizal merupakan grup terakhir sampai.

“Saya percaya setiap tindakan ada akibatnya.

“Sebagai seorang jurulatih cheerleading, saya berpegang kepada prinsip displin dan saya selalu tekankan kepada pelajar untuk memiliki displin tinggi. Perlu sentiasa tepati masa kerana bukan kita saja yang bekerja, orang lain pun bekerja juga untuk team

tersebut.

“Jadi kita perlu hormati masa orang lain juga. Saya faham soal ‘lambat sampai’ akan mengakibatkan prestasi saya jatuh berbanding finalis lain.

“Walaupun sedih untuk meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2019, tetapi saya bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang finalis Top 12.”

Sudah 10 Tahun Idamkan Dewi Remaja

Menurut Myra, dia dan ahli keluarganya memang merupakan peminat pencarian Dewi Remaja.

Sejak edisi 2009/10 lagi apabila Noor Neelofa dinobatkan sebagai pemenang, Myra bersama ibu dan neneknya gemar mengikuti perkembangan pencarian ini.

“Pada waktu itu, Dewi Remaja mula ditayangkan di televisyen dan mereka berdua lebih teruja daripada saya. Saya ingat lagi kata-kata nenek yang mengharapkan mungkin satu hari nanti saya dapat berada di kalangan finalis.

“Pada edisi 2014/15, saya nak sangat sertai rakan cheer saya, Mawar Rashid di sesi ujibakat. Namun saya terikat dengan pelajaran STPM pada waktu itu.

“Saya cuba pula nasib pada Dewi Remaja 2018/19 dan saya tersenarai pendek oleh para juri. Mereka memberitahu kelemahan yang perlu saya perbaiki dan ia membantu saya tingkat keyakinan diri untuk kembali semula pada tahun ini.”

“Kamu Tak Perlu Bersaing..”

Walaupun pencarian Dewi Remaja 2019 merupakan sebuah pertandingan, namun Myra tak merasakan dia perlu bersaing secara terlalu kompetitif dengan finalis yang lain kerana..

“Satu perkara saya pelajari di Dewi Remaja adalah kita perlu menjadi the best version of ourselves. Kami belajar untuk selalu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Itu adalah antara perkara yang saya akan praktikkan lebih di luar sana,” katanya gadis berusia 24 tahun itu.

Finalis lain turut bersetuju dengan Myra. Ini adalah antara kualiti Myra yang dirasakan oleh Sharlina Gilbert.

Myra is a strong person. Dia pernah melalui banyak perkara dan dia tidak pernah menunjukkan rasa sedih di depan kami. Dia selalu senyum dan akan sentiasa menyuruh kami untuk menjadi kuat.”

What Is Next

Jadi apakah perancangan Myra selepas ini?

“Pertama sekali, saya akan kembali dengan kerja saya sebagai jurulatih cheerleading. Ada di antara pelajar saya yang akan bertanding pada minggu hadapan jadi saya perlu persiapkan mereka.

“Dan selepas itu, saya akan sertai sesi ujibakat untuk projek lakonan. Wish me luck!

*

Walaupun sedih, kami tahu ini bukanlah pengakhiran untuk Myra Natasya. All the best dan kita akan berjumpa lagi tak lama lagi.

Bagi korang yang ingin melihat Myra dinobatkan sebagai Dewi Favourite 2019 pada malam finale nanti, jangan lupa untuk mengundinya pada setiap hari DI SINI. Hanya satu undian untuk setiap hari, so vote okay!

*

DEWI REMAJA WEB-SERIES – EPISOD 1

Published by
FZ