Misi untuk memhon pasport selepas 1 Jun 2023 akan bertambah mudah setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan perkhidmatan permohonan pasport secara dalam talian atau online sepenuhnya di tiga pejabat imigresen.
Ia termasuklah Pejabat Imigresen Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju yang memperkenalkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya melalui My Online Passport.
Percaya atau tidak, sejak April hingga Disember 2022, sebanyak 2.3 juta pasport telah dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Manakala sejak Januari hingga 12 Mei 2023 pula, lebih daripada 1.6 juta pasport telah dikeluarkan.
Justeru, Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perkhidmatan ini diharap dapat menangani isu kesesakan di pejabat pengeluar pasport JIM yang sering disuarakan rakyat.
Tambahnya lagi, 3 cawangan ini telah dipilih kerana kesemuanya dikenal pasti sebagai cawangan yang selama ini perlu berurusan dengan permohonan yang tinggi. Oleh itu, mulai 1 Jun kelak, orang ramai di sana boleh memohon pasport dengan cara online.
Begitupun, ia tidak bermaksud perkhidmatan secara walk in sudah ditiadakan.
Ketiga-tiga Pejabat Imigresen tersebut masih menerima enam kategori pelanggan yang ingin membuat permohonan atau pembaharuan pasport secara walk-in. Ia termasuklah para pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah yang dapat tawaran belajar luar negeri, orang kelainan upaya (OKU) dan ahli keluarga yang mengiringi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Harapnya, lebih banyak lagi cawangan Pejabat Imigresen lain yang akan memperkenalkan sistem online ini terutama di negeri-negeri di luar Lembah Klang agar urusan rakyat akan bertambah pantas lagi mudah.
SUMBER: Awani