
Bintang kpop bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri akhirnya dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengaturkan pelacuran dan pertuduhan berhubung skandal seks dan dadah.
Penyanyi berusia 30 tahun ini bersara dari dunia hiburan setelah skandal berkenaan dilaporkan secara meluas dan dia kemudiannya menyertai khidmat tentera.

Seungri pernah mendapat kecaman daripada warganet dengan mendakwa penyertaannya dalam khidmat tentera di Korea Selatan adalah semata-mata untuk mengelakkan hukuman lebih berat.
Namun begitu, tuduhan itu dinafikan dan dia meminta agar tempoh perkhidmatan ketenteraannya dipanjangkan bagi membantu siasatan.

Hukuman diputuskan oleh sebuah mahkamah tentera dan bintang kpop ini didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan.
Sumber: (1)
Keluarga GUCCI Kutuk Lakonan Lady Gaga Dalam Filem Baharu Kerana..

Little Monsters pastinya sudah tahu mengenai pemilihan idola mereka, Lady Gaga sebagai pelakon utama dalam filem biopik fesyen berjudul House of Gucci.
Menerusi filem tersebut yang masih menunggu tarikh tayangannya pada tahun ini, Gaga membawakan watak Patrizia Reggiani.
Lady Gaga & Adam Driver di set House of Gucci..
Walaupun ramai yang merasakan Gaga amat sesuai untuk membawakan watak berat itu, keluarga Gucci berfikir sebaliknya dan telah menuduh Gaga ‘mencuri’ identiti keluarga mereka untuk mendapat keuntungan.
Pula dah..
Okay apa kes sebenarnya ini?
Sepanjang tahun lalu, Lady Gaga telahpun memainkan watak Patrizia yang dilimpahi dengan kekayaan di Rome; di samping pelakon lelaki utama House of Gucci, Adam Driver.
Filem ini adalah berdasarkan kisah sebenar dan skandal keluarga Gucci pada tahun 1995. Ia tidak teragak-agak untuk membawa tema pembunuhan bekas ketua jenama Gucci iaitu Maurizio Gucci. Insiden itu dirancang oleh isterinya sendiri iaitu Patrizia.
Akibatnya, Patrizia dijatuhkan hukuman penjara bermula tahun 1998 manakala Gucci jatuh ke tangan pewarisnya yang dilakonkan oleh Adam.
Tragedi pembunuhan Maurizio Gucci oleh individu yang dibayar oleh Patrizia..
Menarik bukan?
Begitupun, ahli keluarga Gucci mengakui mereka tidak menyenangi tindakan produksi itu menceritakan semula kisah lampau mereka dan jelas, perfileman House of Gucci tidak mendapat kebenaran keluarga Gucci.
Menerusi kenyataan kepada Associated Press, Patrizia Gucci (saudara jauh Maruizio, bukan bekas isterinya) berkata bahawa keluarganya amat kecewa setelah mendengar berita tentang filem ini.
Patrizia Gucci, saudara kepada Maurizio Gucci..
“Mereka merampas identiti sebuah keluarga untuk mencipta keuntungan, untuk menjana pendapat bagi sistem Hollywood.
“Keluarga kami mempunyai identiti dan privasi. Kami tidak boleh bercakap mengenai semua perkara dan ada ‘borderline’ yang tidak boleh dilangkaui,” katanya.
Patrizia juga ‘menyerang’ pelakon, Al Pacino yang membawakan watak datuknya, Aldo Gucci dan berkata pelakon lagenda itu tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan karakter asal.
Aldo Gucci sebenar.
Al Pacino sebagai Aldo Gucci
“Datuk saya ialah seorang yang kacak seperti ahli keluarga Gucci yang lain. Al Pacio pula pendek dan foto menunjukkan dia gemuk dengan sideburn hodoh,” serangnya. Patrizia juga tidak dapat menerima kemunculan Jared Leto yang membawakan watak Paolo Gucci.
Paolo Gucci sebenar
Jared Leto sebagai Paolo Gucci..
*
Patrizia Reggiani Juga Bersuara
Setelah bekas isteri Maurizio Gucci, Patrizia dibenarkan keluar lebih awal dari penjara pada tahun 2016 (18 tahun dalam tahanan) juga tidak menggemari lakonan Lady Gaga ini.
Bercakap dengan ANSA, katanya, “Pemilihan Gaga sebagai saya dalam filem terbaru Ridley Scott ini adalah menjelikkan. Ia dilakukan tanpa perasaan timbang rasa untuk bertemu saya dahulu. Dia langsung tidak menghormati saya yang masih hidup.”
Ouch.
Patricia Reggiani semasa majlis perkahwinannya (kiri) dan Lady Gaga dalam kostum baju perkahwinan di set..
Buat masa ini, Lady Gaga, Adam Driver dan seluruh pasukan House of Gucci masih belum memberikan respon di atas tuduhan keluarga Gucci ini.
Hhm, apa yang kami pasti, Gaga tidak akan menerima sebarang tajaan untuk memakai busana Gucci selepas ini!
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Jenis Face Mask Yang Dipakai Lady Gaga Semasa VMAs 2020
Padam Foto ‘Freehair’ Di Instagram, Julia Farhana Kini Tampil Ayu Berhijab

Selepas ramai selebriti wanita mengenakan hijab, kini giliran pelakon jelita, Julia Farhana Marin pula dilihat tampil ayu berhijab.
“Disclaimer: Rakaman ini dibuat sebelum Ju (Julia) bertudung. Saya patuh kepada tanggungjawab terhadap kolaborasi ini mengikut hantaran yang sudah dijadualkan awal”
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Melebih, Tidak Kurang. Solekan Natural Julia Farhana Boleh Ditiru Dengan 5 Produk Ini
Demikianlah perkongsian pelakon drama Ku Kirim Cinta itu yang seperti mengesahkan penampilannya kini yang sudah mengenakan berhijab apabila memuat naik penjelasan berhubung hantaran terkininya menerusi entri Instagram.
Kata Julia, hantaran tersebut membabitkan gambar lama ketika memenuhi tuntutan kerja kempen promosi barangan perabot serta dekorasi kediaman bersempena kedatangan Aidilfitri yang telah dipersetujui lebih awal.
Pada masa sama, pelakon filem Coast Guard Malaysia itu turut memadam kesemua foto lama sebelum dirinya berhijab, selain hanya meninggalkan gambar yang tidak menampakkan rambut.
Antaranya termasuklah foto bersama suami tercintanya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada hari pernikahan mereka.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja dengan perkara tersebut selain mendoakan pelakon berkenaan agar terus istiqamah untuk berhijab.
Sekadar informasi, Julia dan Hafiz selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Disember tahun lalu.
SUMBER FOTO: Instagram Julia Farhana
[FOTO] 10 Stail Paling ‘Win’ Di Anugerah Golden Globe 2024, Margot Robbie Jadi Barbie Lagi!

Isi Kandungan
ToggleSama ada anda peminat filem, drama, selebriti atau fesyen kemunculan anugerah berprestij seperti 2024 Golden Globe pastinya akan mencuri perhatian anda.
Pada penganjuran 2024 Golden Globe juga menandakan bermulanya musim anugerah. Penggiat seni Hollywood sekali lagi dikumpulkan bagi meraikan kejayaan filem dan juga televisyen yang telah menyinar sepanjang tahun lalu.
Jom, lihat senarai artis yang berpakaian terbaik di Anugerah Golden Globe 2024!
ARTIKEL BERKAITAN : Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globe
Emma Stone
Pelakon Emma Stone berjalan di permaidani merah di Golden Globes 2024 dengan memakai pakaian Louis Vuitton yang dibuat khas. Dipetik dari Harpers Bazaar, Isnin (8/1/2024), gaun berkilauan ini dilitupi manik berwarna champagne, ditambah hiasan bunga dalam corak merah jambu pucat (merah jambu) dan biru.
Selena Gomez
Selena Gomez tiba di permaidani merah Golden Globes dalam gaun Christian Louboutin dan kasut tumit tinggi. Gaun yang direka oleh Giorgio Armani mempunyai labuh asimetri dan aksen bunga hitam yang disusun pada korset yang dipotong edgy. Bukan itu sahaja, dia juga disarungkan perhiasan, bermula daripada subang, gelang dan sejumlah cincin di jari. Perfect!
Natalie Portman
Natalie Portman kelihatan seperti seorang puteri di Golden Globes 2024. Siluet ringkas gaun Dior ini mempunyai perincian serupa dengan karya seni impresionis dalam gaya pelukis Monet. Hanya fokus pada pakaian, dia hanya menambah sepasang anting-anting berlian dan kasut tumit tinggi dari Jimmy Choo pada penampilannya.
Jennifer Lopez
Hunter Schafer
Simple is better. Walaupun dengan potongan pakaian yang ringkas dan warna pemerah pipi yang sangat lembut, gaya Hunter Schafer dalam rekaan Prada ini sangat memikat di karpet merah.
Margot Robbie
Mempersona! busana Margot Robbie ini dicipta berdasarkan pakaian Barbie Superstar 1977. Penampilan itu turut diserikan dengan perhiasan subang berlian mewah Lorraine Schwartz dan cincin berlian merah jambu Berlian Golconda.
Ali Wong
Rosamund Pike
Pelakon Britain, Rosamund Pike mengayakan gaun hitam busana dari Dior yang memancarkan rasa elegan dan klasik. Sukar untuk terlepas kemunculan bintang filem Gone Girl dalam senarai berpakaian terbaik! Tudung kepala ini lebih daripada sekadar hiasan kerana muka Pike sakit akibat kemalangan ski pada Krismas.
Dua Lipa
Taylor Swift
Penyanyi Taylor Swift turut memakai gaun hijau metalik berkilauan ketika dia menghadiri Golden Globes 2024. Gaun ini direka oleh Gucci, digabungkan dengan barang kemas dari De Beers.
Jadi, pakaian siapa yang paling korang suka? Kalau min, semestinya Taylor Swift!
BACA LAGI: ‘Atuk’ Squid Game, Oh Young-soo Didakwa Salah Laku Seksual. Benarkah? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.