Mahkamah Agung Korea telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun enam bulan terhadap penyanyi Seungri atas sembilan pertuduhan termasuk pelanggaran Akta Hukuman Berat, Jenayah Seksual, Perjudian, pelanggaran Akta Transaksi Pertukaran Asing, pengantaraan pelacuran, pembelian perkhidmatan pelacuran dan hasutan keganasan khas.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara pada 26 Mei 2022 selepas rayuan yang dibuat menerusi Mahkamah Tinggi pada Januari lalu ditolak.
Bermula pada Disember 2015 hingga Januari 2016, Seungri dituduh menjadi pengantara pelacuran sebanyak beberapa kali untuk pelabur di Taiwan, Jepun dan Hong Kong serta menggunakan perkhidmatan pelacuran untuk dirinya sendiri bagi menarik pelaburan kelab perniagaannya.
Tambahan pula, dia telah menggelapkan 528 juta won daripada kelab Burning Sun dengan alasan untuk kegunaan jenama bagi Monkey Museum, sebuah bar di Gangnam. Selebriti ini turut menggelapkan kira-kira 20 juta won dana syarikat daripada Yuri Holdings atas alasan bayaran peguam untuk pekerja.
Ads
Selain itu, Seungri telah didakwa kerana menggunakan kira-kira 2.2 bilion won untuk berjudi di kasino hotel di Las Vegas dari tahun 2013 hingga 2017.
Walaupun Seungri sepatutnya dibebaskan pada September tahun lalu, tapi ia telah ditangguhkan dan dia ditahan di penjara tentera. Kini, Seungri sedang dipindahkan ke penjara swasta dan akan menetap di sana sehingga Februari tahun hadapan untuk baki sembilan bulan hukumannya.
Ads
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan mahkamah kerana meringankan hukuman dari tiga tahun penjara menjadi satu tahun enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Lagi kes tentang pelajar dibuli, baru-baru ini satu lagi kes yang melibatkan pelajar dibuli apabila berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang pelajar dibuli tiga rakan seasrama.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial semalam.
“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.
Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.
Mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan. Polis sudah mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap semuanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Rata-rata netizen naik marah dan geram dengan perlakuan pembuli ini.
Ishh…tahun 2020 pun dah nak habis tapi kes buli ni tak pernah berakhirkan. Paling malang ia melibatkan pelajar sekolah….huhu
So apa pendapat korang cara terbaik menangani isu buli dikalangan pelajar ni?
Sumber : Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita pelakon dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal yang telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam pasti mengejutkan seluruh Malaysia terutama para peminatnya.
Namun begitu, punca kematiannya sama sekali tidak didedahkan dan hanya diketahui meninggal dunia di Johor Bahru.
Terkini, Polis dalam satu kenyataannya pada hari ini mendedahkan punca kematian pelakon berumur 26 tahun itu adalah disebabkan jatuh dari tingkat 22 Pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu lagi, mereka telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat tersebut di bahagian bawah sebuah pangsapuri.
Selain itu, pihak polis juga mengklasifikasikan kematian itu sebagai kematian mengejut (SDR).
Pihak polis IPD Johor Bahru Selatan juga memohon orang ramai yang menjadi saksi kes tersebut untuk tampil kehadapan bagi membantu siasatan polis. Saksi juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu ASP Mat Nawi Bin Ab Rahman di talian 016-5050808.
Terdahulu, berita berkenaan pemergian Syazlin telah dikongsikan di media sosial terutamanya di Instagram dan Twitter oleh kenalannya.
Dia yang pernah membintangi beberapa drama seperti Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita baik tersebut, baru-baru ini. Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Justeru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka bemula 21 April 2023 jam 8.00 pagi melalui saluran berikut:
Aplikasi Mybayar Saman
Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja).
Mesin ATM Maybank seluruh negara
Semua kaunter pejabat Pos Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Orang ramai boleh juga mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...