Siapa tidak kenal dengan pempengaruh dan personaliti media sosial seorang ini, figura yang sangat berjiwa hamba dan dikenali apabila acap kali berkongsi rezeki kepada orang lain.
Seorang usahawan yang juga suami kepada personaliti media sosial popular, Syafiqah Aina, Hafiz Mahamad, sememangnya cukup dikenali di media sosial sebagai figura yang gemar memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dari orang biasa sehinggalah ke pekerjanya, cara jejaka itu berkongsi rezeki seringkali menyorot perhatian umum, khususnya warganet.
Terbaharu, Hafiz menerusi platform Instagram berkongsi video mengenai keberangkatannya ke tanah suci Mekah bersama isteri tercintanya. Istimewanya kali ini, mereka ke tanah suci turut disertai oleh kakitangan serta mereka yang bertuah dipilih untuk mengerjakan umrah.
Ads
“Dulu saya ada cakap dengan Aina, Aina abang nak sampai kita mampu nak sewa satu kapal terbang, bayarkan tiket satu kapal terbang untuk orang pergi ke umrah. Hari ini depan mata saya awak tengok, ramai depan mata saya ni… Ada staff, ada team, ada orang susah,
“OKU dan ada anak-anak yatim. Aina isteriku, aku sayang kau.…. aku sayang kau. Ini buktinya. Tahun depan, saya nak bawa ramai lagi dengan izin Allah. Nak mereka rasa kenangan dan rasa rindu bumi Allah nanti.
“Doakan rezeki perniagaan melimpah ruah. Kita bawa team yang berniaga dengan kita dan staf. Ada juga anak yatim, pelanggan @ainaabeautyofficial dalam trip ke umrah tahun ini,” ujarnya menerusi perkongsian video tersebut.
Ads
Sempat REMAJA menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif terhadap Hafiz selain memuji tindakannya itu membawa sahabat seagama mengerjakan umrah.
“Tidak tahu nak cakap perasaan apa, sebab tempat kerja berlainan, bos berlainan, rezeki pun masing-masing itulah… rezeki masing-masing .. beruntung dapat majikan yang sangat menghargai smpai ke tahap ini,” komen seorang pengguna.
Ads
“Bertuahlah. Bersyukurlah. Semoga semuanya mendapat umrah yang mabrur. Moga selamat pergi dan balik. Dan semuga dipermudahkan segala urusannya di sana. Amin!” komen juga pengguna lain.
“Untung dapat majikan macam ini, Allah bersyukurlah kan apa yang ada , semua itu rezeki dari Allah. Untung sangat dapat bos yang menghargai staf dia,” tulis pengguna lain.
Terdahulu, usahawan berjaya itu pernah memberi tajaan kepada mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung, selain pernah memberi bantuan kit ujian pantas Covid-19 ketika wabak tersebut teruk menular beberapa tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkinkah ada sinar buat jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah pada tahun ini? Ya, kami pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah atau haji.
Terbaharu, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kerajaan mereka bakal membuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos ini.
Menurut laporan Gulf News menerusi kenyataan daripada Saudi Press Agency, pengumuman itu susulan kejayaan musim haji tahun ini. Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekpatriat sudah pun dibuka.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidilharam. Ia bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidilharam.
Menurut Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu juga, jemaah diwajibkan menerima vaksinasi COVID-19 lengkap, sama ada Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Kebenaran ini juga adalah untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Hm, nampaknya negara kita tidak dilarang untuk melakukan ibadah umrah, namun disebabkan kes positif COVID-19 masih meningkat, ia mungkin sedikit sebanyak menjadi ‘penghalang’ untuk jemaah Malaysia ke sana.
Apa-apa pun marilah kita berdoa agar situasi pandemik ini berakhir segera supaya masyarakat dunia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah!
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak lama lagi bakal menceriakan hari-hari pendengar setia stesen radio popular Hot FM!
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Media Prima Audio (MPA), menerusi satu kenyataan hari ini. Pihaknya mengesahkan Khairy yang lebih disapa KJ itu akan mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut, mulai Rabu depan iaitu pada 15 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan KJ sebagai penyampai radio bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot yang bermula seawal jam 6 pagi itu lebih segar dan relevan kepada pendengar, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’.
Selepas itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mengesahkan bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM, menerusi talian telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan pelawak Johan, AG dan Datuk AC Mizal.
Menjengah di ruangan komen dalam hantaran terbaharu di Instagram rasmi stesen tersebut, rata-rata pendengar tidak sabar untuk mendengar coletoh beliau pada minggu hadapan.
“Yes, yes yes. Go KJ, bangun awal tau kami tunggu,” komen seorang pengguna.
“Yey, tak sabar nak tunggu minggu hadapan,” komen juga pengguna lain.
“Sudah lama tidak dengar radio ini. Okey minggu hadapan saya tune Hot FM semata-mata nak dengar KJ menjadi Dj,” tulis netizen lain.
Sekadar informasi, Khairy Jamaluddin atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada setiap acara fesyen berprestij, sudah semestinya pakaian yang digayakan selebriti, personaliti popular atau tetamu yang hadir akan mendapat perhatian.
Kehadiran mereka ini akan menjadi tumpuan ramai apatah lagi jika ia diadakan di tempat awam dan terbuka seperti pusat membeli belah.
Namun begitu, penganjuran acara Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week (KFW2022) baru-baru ini menjadi bualan netizen gara-gara kehadiran seorang model “wanita” berpakaian menjolok mata.
Individu tersebut mencuri perhatian orang ramai terutamanya warganet selepas dia tampil memakai sut potongan formal serba hijau tanpa kemaja atau pakaian dalam hingga menampakkan dadanya.
Ingatkan London Fashion Week
Ada juga yang bertanya secara sindiran tentang kedatangan ‘wanita’ itu seolah-olah menghadiri London Fashion Week melihat daripada penampilannya yang begitu berani. Malah, ada juga yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.
Rentetan dari itu, menerusi laporan dari Berita Harian, Kerajaan negeri tersebut akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil mereka untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata hasil semakan yang dibuat, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, malam tadi.
Untuk makluman, antara jenama yang turut serta ialah Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carl Rino, HLA, Parkson, Nuway, Teva, Birkenstock Studio, Steve Madden dan Swarovski.
Terkejut pakcik dan makcik yang berkunjung di Aman Central masa itu kan…hehehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di...