Tiada siapa yang mahukan sebuah perceraian apabila melangsungkan perkahwinan, namun jodoh dan ajal semuanya terletak di tangan tuhan. Terbaharu, penyanyi popular tanah air, Shila Amzah berkongsi tentang dirinya yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Haris Idraki Elias.
Dalam penjelasan panjang yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, pemilik nama penuh NurShahila binti Amir Hamzah ini menjelaskan kepada umum tentang status terkini dirinya.
“I always keep a happy face. People don’t know my struggle. And I’m struggling my hardest right now
. Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dgn Seth tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai, but unfortunately still ongoing process sebab dia decide nak prolong benda ni,” ujarnya.Berkongsi lebih lanjut, dia juga berkata yang dia tidak mampu lagi membendung kesabaran. Selain itu, dia dan keluarganya terkesan dek banjir yang melanda Hulu langat namun tidak dapat pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana masih diinap oleh Haris.
“Cuma bila dah jadi macamni, Sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to surviveand jaga hati dan nama baik semua orang. Sekarang bila tengok rumah di langat dah jadi macam ni, rasa sedih sangat. Sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah, tapi skrg kita semua pula hilang tempat berteduh, sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha.
“Sha ada rumah kat cyber pun tak selesa nak balik Sebab si dia masih berada di rumah Sha . Seth tak selesa, Sha pun tak selesa. Kesian satu family Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. How i wish I can go back to my cyber house. Boleh lah return the favour dekat my parents doakan Sha and family ya. Allahuakhbar! Dugaan demi dugaan,” sambungnya lagi.
Sebelum ini, penyanyi yang mencipta nama di negara China ini ada berkongsi di media sosial tentang keadaan rumah keluarganya yang ditengelami air akibat banjir yang melanda Hulu Langat. Mereka semua sudah selamat berpindah sebelum air naik lebih tinggi.
Remaja ucapkan semoga semua urusan Shila dipermudahkan oleh-Nya. Sepanjang kariernya sebagai anak seni, pelantun lagu popular Tiada Dirimu ini pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan edisi cetak Majalah Remaja.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.