Harapan rakyat Malaysia untuk melihat pelumba kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menaiki podium pada hari ini terlebur apabila beliau terlibat dalam insiden di trek perlumbaan melibatkan dua pelumba lain.

Di selekoh terakhir sebelum menamatkan saingan, Shah Firdaus berada dalam kedudukan cukup baik untuk meraih pingat gangsa.

Namun berlaku pelanggaran dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano dan pelumba Great Britain, Jack Carlin hingga menyebabkan Shah Firdaus menamatkan saingan di tempat keempat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Tidak lama usai perlumbaan berakhir, pihak komisar Sukan Olimpik didapati menukar keputusan tersebut dan Shah Firdaus dibatalkan disingkirkan (relegated) setelah klip kemalangan diteliti pihak komisar.

Ads

Shah Firdaus Ditolak Dari Tempat Keempat Kepada ‘Disingkirkan’ (Relegated) Mungkin Gara-Gara Garisan Merah

Ini adalah penjelasan bekas pelumba negara, Mohd Rizal Tisin yang dijemput sebagai panel program siaran langsung, Pentas Tumpuan di saluran Astro Arena, mengenai kemungkinan mengapa keputusan tersebut ditukar pada saat akhir sebelum upacara penyampaian hadiah dilangsungkan.

“Shah excited sebab nak pushing. Dalam tempoh dia tunduk ke bawah itu, dia ada menurun sikit ke garisan merah hingga menganggu laluan pelumba Jepun, Nakano.

Ads

“Itu menyebabkan Nakano membalas balik dan ternaik ke atas dan menyebabkan (Shah Firdaus) relegated,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Ads

Begitupun menurut jurulatih berbasikal trek negara iaitu Adiq Husainie yang juga merupakan panel jemputan, Shah Firdaus masih berada di laluan yang betul dan tidak melebihi garisan merah.

Cuma kemungkinan Nakano yang merasakan ada tolakan berlaku sekaligus secara impulsifnya bergerak ke atas sehingga menyebabkan insiden berlaku di antara tiga pelumba terbabit.

Terdahulu, Shah Firdaus meneruskan perjuangan skuad trek berbasikal negara dalam acara keirin lelaki hingga ke peringkat final setelah jaguh negara yang juga pemenang pingat perak acara sama di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang tersingkir di pusingan awal, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI