Siapa tidak kenal dengan nama Shah Rukh Khan, bukan? Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa.
Sehingga ke hari ini babak-babak lakonannya dalam filem-filem popular masih melekat di hati peminat filem seluruh dunia. Jadi, tidak hairanlah dia mendapat jolokan King Of Bollywood.
Setelah puluhan tahun menjadi bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan dilapor telah menduduki tempat keempat dalam senarai 10 pelakon terkaya di dunia dengan memiliki nilai bersih sebanyak $770 juta (RM3.3 bilion).
Memetik laporan First Post, statistik terbaru itu dikeluarkan oleh World Of Statistics menerusi halaman Twitter.
Kediaman Mahal
Dalam pada itu, Shah Rukh Khan pernah mendedahkan perkara yang paling mahal dibeli olehnya adalah sebuah kediaman yang dikenali sebagai Mannat di Bandra, Mumbai yang berharga Rs 200 crore (RM106,181,728).Perkara itu dijelaskan oleh pelakon berkenaan semasa melakukan wawancara bersama Radio Mirchi pada tahun 2019.
Bukan itu sahaja, pelakon berkenaan juga dipercayai mempunyai sebuah rumah ladang di Alibaug yang digelar sebagai Ladang Deja Vu. Selain memiliki hartanah di negara kelahiran, beliau juga telah membeli hartanah di luar negara iaitu sebuah ladang di Palm Jumeirah, Dubai yang digelar sebagai Villa K-93, malah harga ladang tersebut dilaporkan melebihi Rs 17 crore (RM9,027,726).
Ads
Seterusnya, beliau turut memiliki sebuah lagi rumah di Park Lane, London yang berharga sekitar Rs 165 crore (RM87,605,328).
Pelbagai Kenderaan Mewah
Untuk pengetahuan, pelakon tersebut juga merupakan pemilik kereta mewah, malah beliau memiliki pelbagai kereta termasuk Audi A6, BMW i8, BMW 7 series, BMW 6 series (convertible), Mitsubishi Pajero SFX, Toyota Land Cruiser Prado, Rolls Royce Phantom Drophead Coupe, Bentley Continental GT, Harley Davidson Dyna Street Bob dan lain-lain.
Ads
Selain memiliki syarikat produksi, Red Chillies yang ditubuhkan bersama isteri tercinta, pelakon terkenal itu juga merupakan pemilik bersama bagi pasukan Liga Perdana India (IPL) dan pasukan kriket Kolkota Knight Riders dengan memiliki 55 peratus sebagai pihak berkepentingan.
Pelakon kelahiran Amerika Syarikat, Jerry Seinfeild telah menduduki tempat pertama dengan memiliki nilai bersih sebanyak $1 bilion (RM4.3 bilion). Senarai itu kemudiannya diikuti dengan Tyler Perry yang juga memiliki nilai sebanyak $1 bilion dan Dwayne Johnson yang memiliki nilai sebanyak $800 juta (RM 3.4 bilion).
Ia diikuti dengan tempat kelima daripada bintang terkenal filem Top Gun, Tom Cruise yang memiliki nilai bersih sebanyak $620 juta (RM2.6 bilion). Pelakon terkenal kelahiran negara China iaitu Jackie Chan juga menjadi pelakon keenam yang paling kaya di dunia dengan nilai sebanyak $520 juta. Ia kemudiannya diikuti dengan George Clooney yang memiliki aset sebanyak $500 juta dan Robert De Niro dengan nilai aset yang sama.
Ads
Walaupun sudah menajdi antara terkaya didunia, Shah Rukh Khan dilaporkan sedang aktif mempromosikan filem terbarunya, Pathaan secara meluas di India.
Filem yang dijangka bakal ditayangkan pada 25 Januari itu merupakan arahan daripada Siddharth Anand, malah ia turut menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti John Abraham dan Deepika Padukone sebagai watak utama.
Sebelum ini, REMAJA pernah malaporkan tentang anak perempuan kesayangan SRK iaitu Suhana Khan yang muncul sebagai cover majalah fesyen dan gaya hidup popular iaitu Vogue India.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun hampir menginjak 60 tahun, wajah Ratu Jazz ini tetap tak makan dek usia.
Dato’ Sheila Majid masih cantik dan kekal dengan badan kecil moleknya yang kini berusia 57 tahun pada tahun ini. Macam tak sangka lagi tiga tahun, beliau bakal menginjak ke usia 60 tahun.
Ratu Jazz ini sentiasa tampil awet muda bak anak dara, Nah ini kami kongsikan tip beliau.
1. Sentiasa bersenam
Dato’ Sheila pernah mendedahkan beliau sentiasa bersenam walaupun pada usianya yang lebih separuh abad. Ujarnya antara senaman yang diamalkan adalah larian di treadmill dan pilates.
2. Tiada sarapan pagi yang berat
Seterusnya Dato’ Sheila turut memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengambil makanan berat atau sarapan yang berlebihan. Kebiasaannya, ibu kepada empat anak ini akan makan yogurt bersama secawan kopinya dan buah-buahan.
Untuk pengetahuan kamu, yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria sihat yang terdapat secara semula jadi dalam saluran penghadaman wanita yang boleh meningkatkan fungsi pencernaan yang baik.
3. Amalkan makanan yang sihat bersama keluarga
Mahu sihat bersama keluarganya, Dato’ Sheila menekankan pengambilan makanan sihat. Ujarnya beliau sekeluarga tidak kerap dan amalkan minuman bergas, sebaliknya hanya minum air kosong dengan cukup untuk kesihatan mereka.
“Ibu saya adalah idola dalam banyak benda termasuklah dari segi penyediaan makanan berkhasiat dan bernutrisi. Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga. Hanya sekali sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
4. Jangan biarkan solekan terlalu lama di wajah
Untuk mengekalkan wajah sentiasa awet muda dan kurangkan tanda penuaan, Dato’ Sheila mendedahkan beliau tidak akan membiarkan solekan di wajah berada terlalu lama. Sekiranya habis sahaja kerjanya, beliau akan cuci dengan segera.
“Setiap hari saya amalkan rutin penjagaan kecantikan secara sederhana tetapi konsisten. Saya lakukan rawatan wajah di spa sebulan sekali kerana saya sering bersolek tebal untuk sesi fotografi dan pertunjukan.”
Antara produk yang Dato’ Sheila menitikberatkan setiap kali rutinnya adalah pelembap dan sunscreen kerana kedua-dua produk ini berkesan dalam memberikan kelembapan kulit yang berkesan dan melindungi kulit daripada kerosakan.
Mudah je kan tip dari Dato’ Shiela ni…Untuk info, bagi korang yang merindui suara lunak Ratu Jazz ini, Dato’ Sheila bakal menjayakan konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023. Konsert ini akan berlangsung pada 18 Mac tahun depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semestinya untuk mencapai apa yang kita impikan, terutamanya bergelar penuntut universiti ada cabarannya tersendiri yang perlu kita hadapi dengan lapang dada. Namun, pada akhirnya, segala pahit getir, asam garam kehidupan sebagai seorang mahasiswa pasti akan membuahkan hasil.
Sama seperti salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4 (AF4) ini, kini dia mampu menarik nafas lega apabila ‘kepayahan’ dilalui sejak 2017 memberikan hasil berbaloi apabila berjaya menggenggam segulung doktor falsafah (PhD) dalam jurusan muzik dari University of Liverpool, England pada Rabu.
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram, penyanyi Diddy Hirdy yang dilihat mengenakan jubah konvokesyen mendedahkan rasa sebak dan terpaksa menahan air mata lelakinya ketika di atas pentas apabila terkenang semula pelbagai dugaan yang dihadapinya sepanjang perjalanan untuk menamatkan pengajiannya di bumi asing.
Selain itu, pelantun lagu popular Hilang itu berkongsi, pengalaman dilaluinya sebelum ini umpama pengorbanan yang akhirnya berbayar.
“Semua orang gembira dan senyum bila naik atas pentas. Diddy pun lakukan perkara yang sama. Cuma jauh disudut hati menahan sebak dan air mata (bunyi macam dramatik), tetapi itulah realitinya. Wallahi…
“Terkenang perjalanan PhD yang penuh berliku dan yang tak pernah surut dengan dugaan. The ultimate dugaan apabila kami sekeluarga dijangkiti Covid-19 pada tahun lepas semasa bulan puasa bila mana dah nak tunggu PhD viva sahaja.
“Yang paling berat, bila isteri Diddy sampai masuk ke hospital kerana Covid-19 dan tahap oksigen dia pernah juga turun. Tetapi Alhamdulillah, Allah itu maha penyayang. Kami semua diberikan semula kesihatan yang baik dan yang paling penting, saya lulus viva dengan mudah (ikut perasaan dan pengalaman saya lah),” coretnya panjang.
Dalam pada itu, Diddy yang kini bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, turut menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa apabila ‘bersetuju’ untuk dirinya bergelar titile seorang doktor falsafah.
“Dan momen ini adalah momen bersejarah yang bukan sahaja meraikan kejayaan, tetapi mengenang perjalanan yang diibaratkan tidak pernah sudah ujiannya. Sebab itulah Diddy menangis bila lulus viva PhD. Sampai sekarang masih membuatkan Diddy sebak bila mengenangkan semua ini. Terima kasih Allah,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Episod pertama drama Korea terbaru di tvN, ‘Mr. Queen’ telah pun menemui penonton pada malam Sabtu yang lepas.
Tayangan episod satu untuk drama ‘Mr. Queen’ ternyata disambut baik oleh para peminat. Bermula dengan impak yang hebat, drama yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Disember 2020 yang lepas ini telah berjaya mendapat rating no. 2 tertinggi dalam sejarah tayangan perdana tvN!
Drama bergenre komedi ini diterajui oleh Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun berlatarkan era Joseon. Kalau korang nak tahu, drama ini merupakan sebuah drama yang menggabungkan dua zaman yang berbeza. Menceritakan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu.
Menurut laporan dari Soompi, tayangan perdana buat drama tersebut terus melonjak ke tempat pertama sebaik sahaja disiarkan. Drama ini turut juga memperoleh purata rating sebanyak 8.0%, iaitu rating tertinggi bagi seluruh saluran kabel.Memang berjaya menarik perhatian ramai peminat kdrama ni!
Drama yang menggantikan drama popular Start-up yang baru sahaja tamat minggu lalu turut menggantikan tempat drama ‘Mr. Sunshine’ yang sebelum ni menduduki tempat kedua dalam sejarah rating tertinggi tvN.
Korang ada yang dah tengok belum cerita ni? Kalau belum wajib tambah pada watch list korang k?
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...