Pelakon jelita, Emma Maembong dan suami tercinta, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram putera sulungnya, Shariq Gabriel, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi video itu rata-rata netizen merasa sebak melihat momen-momen manis Emma bersama anak-anaknya.
Emma turut mendedikasikan video itu buat cahaya mata sulungnya itu yang selama ini telah mengajarnya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik.
“You will always be my firstborn, terima kasih sebab banyak ajar mama,” coretnya lagi.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.