Penyanyi dan pelakon, Shalma Eliana kini berjaya miliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengiklanan, Perhubungan Awam dan Penjenamaan pada majlis konvokesyen Middlesex University London.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Muda, Peroleh CGPA Cemerlang. Tahniah!

Shalma Eliana Berjaya Milik Ijazah Sarjana Muda Di Middlesex University London, Dua Tahun Tinggalkan Industri Muzik Buahkan Hasil

Beberapa foto yang dimuat naik itu juga jelas kelihatan wajah kegembiraan gadis berusia 24 tahun itu dengan mengenakan jubah konvokesyen.

IKLAN

Menurutnya, sudah tentu bukan mudah baginya untuk berehat daripada bidang muzik selama dua tahun bagi memberikan fokus sepenuhnya dalam pengajiannya di sana.

“Saya lulus, Alhamdulillah. Untuk melihat senyuman di wajah keluarga saya terutamanya ibu bapa saya, adalah satu-satunya yang saya mahukan. Mereka telah banyak berkorban untuk saya.

Shalma Eliana Berjaya Milik Ijazah Sarjana Muda Di Middlesex University London, Dua Tahun Tinggalkan Industri Muzik Buahkan Hasil

IKLAN

“Dua tahun saya berehat daripada muzik, pasti menjejaskan tumpuan saya. Saya perlu melakukan lebih aktif dengan bidang muzik, tetapi saya tahu keutamaan saya pada masa itu, adalah untuk memiliki ijazah. Saya fikir ia hampir mustahil. Kebimbangan hidup dalam fasa hidup saya yang berbeza sama sekali saya rasakan tidak selesa.

“Tetapi sudah tentu saya boleh lakukan, sudah tentu saya boleh berdikari, sudah tentu saya boleh bekerja lebih keras untuk ke sini, mencari kawan baru, dan mendapat ijazah itu!” coretnya panjang.

Shalma Eliana Berjaya Milik Ijazah Sarjana Muda Di Middlesex University London, Dua Tahun Tinggalkan Industri Muzik Buahkan Hasil

IKLAN

Menerusi hantaran tersebut juga dilihat ahli keluarga tercintanya turut hadir bagi meraikan kejayaan penyanyi lagu Mahu Kamu itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa bangga selain mengucapkan tahniah buat Shalma Eliana.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Shalma Eliana

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI