Shane Filan Mengaku Lebih Gembira Dengan Westlife Berbanding Solo, Ini Lagu Favourite-nya!

Share

 

Well guys, Westlife akan berada di Stadium Malawati Shah Alam pada malam ini dan peminat tak sabar untuk menunggu!

 

Penulis sempat untuk menyertai satu sesi temuramah secara panggilan untuk bercakap bersama salah seorang ahli kumpulan Westlife iaitu Shane Filan.

Dia merupakan antara ahli yang pernah mengeluarkan album solo selepas Westlife tidak lagi seaktif zaman 2000-an dan ini adalah antara komennya.

Solo ke grup lebih best?!

 

Album Atau Streamline

S: Saya masih lebih gemarkan album fizikal seperti CD dan DVD. Streaming atau muat turun sukar jika korang bukannya mainstream singers. Saya bertuah kerana peminat Westlife masih menyokong saya walaupun bergerak solo.

 

Solo Lebih Sukar?

S: Kedua-duanya berbeza. Yang penting, saya masih lakukan apa yang saya suka iaitu menyanyi.

Tetapi apabila menyanyi di atas pentas, saya rindukan ahli kumpulan kami dan pentas itu terasa kosong. Saya lebih gembira bila mereka ada sama.

 

Lagu Kegemaran

S: Ya, saya selalu akan kembali menyanyikan lagu daripada album Westlife di rumah secara tiba-tiba. Selepas menyanyikan beberapa rangkap saya akan berhenti. I thought to myself, “Did I just sing Flying Without Wings, AGAIN?!”

 

Bekerja Dengan Simon Cowell

S: Bila Westlife mengeluarkan album ketiga, nama grup kami sangat-sangat popular dan Simon amat tegas dengan displin kami berlima. Simon menelefon saya pada satu malam di Ireland dan dia berkata, “Kamu terlalu gemuk untuk bidang ini. You are a little bit fat, kiddo

.”

On one hand, teguran itu seperti kasar. Tetapi hakikatnya saya memang makan terlalu banyak sehingga berat meningkat. Simon hanya ingin berlaku jujur dengan saya.

 

Bagi korang yang akan menonton Westlife Live in Kuala Lumpur pada malam ini, have fun and be safe, okay!

 

 

Published by
FZ