Sharifah Amani & Tiz Zaqyah Pula Bincang Isu Bayaran ‘Instagram Post’ Secara Terbuka

Share

 

Semalam, suhu di Twitter bertambah hangat sedikit apabila pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan kekecewaan berhubung isu stesen televisyen yang enggan membayar pelakon untuk setiap poster promosi drama di akaun Instagram peribadi.

 

Umum mengetahui tentang rutin pelakon drama serta filem yang selalu memuat naik poster drama, klip 30 saat setiap episod dan sebagainya di Instagram demi mengajak peminat menonton drama lakonan masing-masing.

Namun, tak ramai yang tahu bahawa setiap posting itu sebenarnya dimuat naik secara percuma!

Menurut luahan Sharifah Sakinah di Instagram (dan kemudian dikongsikan di Twitter), isu ini kelihatan tidak adil bagi pihak pelakon kerana setiap posting

di Instagram seharusnya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka.

BACA: Mufti Menk & Preity Zinta Pertahan Keputusan Zaira Wasim Tinggalkan Bollywood

Dengan budaya ‘posting percuma’ oleh stesen televisyen atas alasan untuk menaikkan rating drama lakonan sendiri atau sebagai nilai tambah kepada exposure seseorang pelakon, mereka seolah-olah terpaksa ‘mengekor’ saja kehendak itu kerana ‘posting percuma’ sudah menjadi budaya industri drama.

Luah Sakinah, “Instafamous akan menerima bayaran jika mereka keluar TV tetapi apabila seorang pelakon kena buat promosi di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma. Walhal, kedua-dua platform ini tempat kami cari makan.”

Instagram

 

Walaupun jelas kecewa, Sakinah bertanyakan pada followers-nya jika apa yang disoalkan itu adil dan betul. “Nak ikutkan kontrak, saya dibayar untuk kerja lakonan saja. Media sosial saya adalah sumber sampingan yang saya jaga selama ini.

“Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi. Nak tanya saja sebab Instafamous masuk TV pun kena bayar, bukan percuma. Jadi saya rasa Instagram saya pun bukan percuma,” katanya.

Bukan sinikal tetapi itulah fakta.

Luahan Sakinah itu telah mendapat feedback yang mengajak kepada perbincangan terbuka di Twitter. Pelakon, Sharifah Amani berkata, “Enough is enough, no more freebies!” (Cukup sudah dengan kerja percuma).

Tambah pelakon Sepet itu, mana-mana pelakon yang cuba untuk bincangkan kontrak bersama pihak produksi (jika ingin membuat perubahan tentang bayaran promosi di Instagram, sebagai contoh) dengan mudahnya akan ditukar dengan pelakon lain.

 

Twitter

 

Seorang lagi pelakon lain iaitu Tiz Zaqyah pula berkata, ramai pelakon di Malaysia yang berpendidikan dan memahami kontrak lakonan. Namun, para pelakon masih belum bersatu hati untuk menangkis sebarang isu penting, seperti ini.

 

Twitter

 

Ada yang mempertikaikan itulah tugas persatuan seperti SENIMAN iaitu untuk membela nasib anak seni. Namun terlalu ramai pelakon berpendidikan dan berpengalaman yang lebih sanggup untuk berdiam diri demi menjaga periuk nasi sendiri.

Senang cerita, kalau kru bising mereka tukar kru. Kalau pelakon bising pelakon akan digam.

Hhm, apa pendapat korang?

*

VIDEO REMAJA

 

Published by
FZ