
Aktres versatil, Sharifah Sakinah, baru-baru ini mengesahkan bahawa dia sudah selamat melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung hujung minggu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka itu memilih untuk tidak mendedahkan identiti jejaka yang telah berjaya menambat hatinya.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Anjing Itu Terlalu Comel, Namun…” -Isu Dukung Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf
“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” ujarnya ringkas.
Sekadar info, ini bukan pernikahan pertama Sakinah. Sebelum ini, pelakon itu pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015, namun mereka bercerai pada 2020 setelah lima tahun bersama.
Hasil perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.
Sakinah kemudian berkahwin buat kali kedua dengan lelaki berasal dari Sweden, Michael Hansen pada 2021, namun hubungan mereka berakhir pada penghujung tahun 2023.
Kini, dengan perkahwinan terbaharunya, Sakinah memilih untuk merahsiakan identiti suami demi menjaga privasi dan keselesaan keluarga kecilnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.