
Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat di pawagam bukan saja berjaya tarik perhatian penonton, tapi juga buat ramai puji lakonan mantap pelakonnya, terutama Sharnaaz Ahmad.
Digandingkan bersama dua pelakon hebat, Syafiq Kyle dan Shukri Yahaya, aktor berbakat besar itu langsung tak hadapi masalah untuk cari keserasian antara mereka. Rupanya hubungan baik mereka di luar set banyak bantu dalam pembentukan karakter masing-masing.
BACA LAGI: Blood Brothers: Bara Naga, Filem Aksi Yang Bakal Gegarkan Perfileman Malaysia!
“Saya layan Syafiq dan Shukri di luar set pun memang macam adik saya, jadi tiada masalah untuk kami cari keserasian.
“Semuanya berjalan dengan baik, mereka pun memang aktor hebat, jadi isu cari chemistry ini bukan masalah besar,” jelas Sharnaaz.
Bagaimanapun, Sharnaaz turut akui hubungannya dengan Shukri sedikit ‘dingin’ selama setahun, hanya kerana masing-masing terlalu ‘hidup’ dalam watak yang dibawakan.
“Sebenarnya saya dan Shuk tak bercakap selama setahun termasuk sepanjang tempoh penggambaran.
BACA LAGI: Sharnaaz Ahmad Akui Sambutan Aidilfitri Paling Suram Tanpa Bapa Tercinta
“Seperti ada satu perasaan yang tak boleh saya gambarkan dengan kata-kata wujud jiwa masing-masing. Semuanya sebab kami terlampau hidup dalam karakter masing-masing,” dedahnyaz
Pelakon filem terkenal Polis Evo itu juga jelaskan mereka tiada sebarang isu peribadi, cuma suasana ketika itu memang buatkan mereka ‘terbawa-bawa’ dengan emosi watak masing-masing.
“Saya tidak tahu apa dalam hati dia dan dalam otak saya, namun syukurlah hubungan kembali pulih, kami baru bercakap macam biasa pada raya lalu.
“Kalau orang tanya punca, kami pun tak tahu. Ini bukan bergaduh secara peribadi ke apa, ini semua disebabkan terlalu masuk dalam karakter,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.