Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor.
Perkhabaran itu disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan pelakon filem Polis Evo 3 itu adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.
“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.
“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.
“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” kata kenyataan rasmi Sharnaaz.
Ads
Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan dan mereka bakal menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.
Ads
Untuk rekod, aktres popular Rita Rudaini tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada 2018.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Carabat FC
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang sedia maklum, mulai hari ini semua rakyat yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (2.0) dibenarkan ‘dine in’ di kedai makan atau restoran namun hanya terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja.
Sumber Gambar : BERNAMA
Paling penting, pengamalan penjarakan sosial 1 meter harus diutamakan dan SOP patut wajib diamalkan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Salah satu SOP yang wajib dilaksanakan ialah scan aplikasi MySejahtera. Terbaru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan yang mana penggunaan aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan untuk semua premis di lokasi dengan capaian internet luas.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Sebelum ini, terdapat sejumlah premis yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai mencatatkan nama dan informasi secara manual pada buku. Namun, terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku.
Apa pun, untuk lokasi dikawasan pedalaman dengan capaian internet rendah, pengecualian diberikan dan pengguna boleh mencatatkan nama pada buku secara manual.
Sama-sama kita menangani gejala COVID-19 dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial bagi memastikan penularan tidak terus berlaku.
Sejak mempertaruhkan bakat yang dimiliki dengan mengorak langkah menyertai America’s Got Talent, baru-baru ini, nama penyanyi yang sedang meningkat naik, anak kelahiran Indonesia Putri Ariani semakin menjadi sorotan dan bualan ramai.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka flawless dan glowing habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu mereka sana suka amalkan teh herba meningkat tahap kesihatan.
Minuman Berkhasiat
Selain penambah selera, minuman ini juga dikenali sebagai minuman penawar pelbagai jenis penyakit. Istimewa untuk rakyat Malaysia, pengeluar minuman bertenaga, Power Root Berhad memperkenalkan produk terbaharu di bawah jenama Per’l menggabungkan elemen pemakanan Korea serta herba tradisional Melayu.
Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj ketika Majlis Pelancaran Per’l Yuzu
Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj berkata, keluaran terbaharu itu menjanjikan kelebihan tersendiri berbanding keluaran minuman berasaskan kacip fatimah sebelum ini, apabila menggandingkan khasiat raja segala buah di Korea dan ratu segala herba Melayu.
Ia adalah produk terbaharu di bawah jenama Per’l yang berunsurkan kacip Fatimah dan menggabungkan elemen pemakanan Korea serta herba tradisional Melayu.
Duta Produk
Bertepatan dengan prinsip dan gaya hidup sihat yang diamalkannya, penyanyi tinggi lampai dari Korea Selatan dan juga merupakan juara musim kedua program realiti Big Stage: Han Byul dipilih menjadi ‘wajah’ baru minuman Per’l Yuzu.
“Sebenarnya sejak dulu saya sudah mengamalkan teh Yuzu yang bagus untuk suara serta kesihatan. Selepas mencuba minuman keluaran Power Root ini, rasanya seperti baru dibuat sendiri biarpun disediakan dalam tin.
“Memandangkan saya mementingkan gaya hidup sihat, jadi minuman ini bersesuaian dengan prinsip dan amalan harian. Apatah lagi, khasiat buah Yuzu ini begitu banyak dan saya sudah amalkan memakannya sejak 10 tahun lalu.
“Bercerita mengenai penciptaan lagu pula, idea untuk menghasilkan melodi single Pesona Kamu terilham dalam tempoh lebih satu jam saja. Apabila terlintas di fikiran, saya terus yakin bahawa ia paling tepat buat minuman ini dan mesej yang cuba disampaikan,” katanya.
Lebih mengujakan apabila Han Byul mencipta sendiri lagu Pesona Kamu itu dan edarannya oleh Indigital Music. Katanya, ia memang dicipta khas bagi mempromosikan produk minuman kesihatan berkenaan.
Untuk info, Buah Yuzu ini sedikit sebanyak seperti limau mandarin. Rasanya seperti manis madu. Ia diamalkan sebagai penawar demam dan sering diambil pada musim sejuk. Malah, dilaporkan Yuzu mempunyai khasiat vitamin C yang tiga kali ganda lebih daripada buah lemon dan 10 kali ganda lebih banyak kalsium daripada buah epal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...