Dunia ratu cantik dan gadis berhijab bukanlah satu perkara yang sinonim. Namun zaman sudah berubah dan gadis berhijab juga membuktikan bahawa sehelai selendang yang menutup kepala bukan penghalang untuk berdiri sama tinggi dengan yang lain. Malahan hijab menjadi sumber kekuatan disamping memenuhi tuntutan agama.

Terbaru, Shatu Garko,18, telah dinobatkan sebagai Miss Nigeria ke-44 pada 17 Disember 2021 menyaksikan dia sebagai gadis Muslim berhijab pertama memegang gelaran tersebut sepanjang 65 tahun sejarah pertandingan itu.

Shatu Garko Cipta Sejarah Sebagai Gadis Berhijab Pertama Menang Gelaran Miss Nigeria
Kredit foto: Instagram Shatu Garko

Sejurus kemenangannya, gadis ini tidak menyangka yang dia mampu untuk bergelar juara. “Memenangi pertandingan ini merupakan satu perkara yang sangat bermakna buat saya. Seumur hidup saya selalu berangan untuk bergelar Miss Nigeria. Saya berterima kasih kepada penganjur dan juga penaja pertandingan ini,” jawabnya apabila ditemubual oleh wartawan Nigerian Tribune.

Berikutan kemenangannya, Shatu menerima wang tunai bernilai Nigerian Naira 10 juta ataupun bersamaan RM101’492.03, sebuah apartment mewah, sebuah kereta dan juga tugas sebagai duta.

Shatu Garko Cipta Sejarah Sebagai Gadis Berhijab Pertama Menang Gelaran Miss Nigeria
Kredit foto: Instagram Shatu Garko
Shatu Garko Cipta Sejarah Sebagai Gadis Berhijab Pertama Menang Gelaran Miss Nigeria
Kredit foto: Instagram Shatu Garko

Berkongsi cerita tentang pembabitannya dalam dunia ratu cantik, gadis manis ini pada mulanya skeptikal dan agak gementar untuk bertanding memandangkan dia berhijab. Berkongsi cerita kepada Sahara Reporters, ujarnya, “Saya risau mereka tidak memilih saya kerana saya berhijab. Kebanyakan gadis di pertandingan ratu cantik harus mengenakan pakaian mandi atau bikini. Saya menghantar borang penyertaan sekadar mencuba nasib.”

Walaupun memegang gelaran Miss Nigeria, Shatu tidak akan mewakili negaranya di dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa. Miss Nigeria kini merupakan sebuah organisasi pertandingan ratu cantik yang bertujuan menganugerahkan biasiswa kepada para pemenang untuk menyambung pelajaran di samping akan bekerja bersama organisasi tersebut sepanjang memegang gelaran.

Ads

Shatu Garko Cipta Sejarah Sebagai Gadis Berhijab Pertama Menang Gelaran Miss Nigeria

Pertandingan yang menghantar wakil ke Miss Universe dan Miss World dari Nigeria adalah anjuran Most Beautiful Girl in Nigeria (MBGN). Organisasi ini adalah pemegang lesen kepada dua pertandingan itu dan ia berbeza dari pertandingan Miss Nigeria.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ads

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI