Apa perasaan korang sekiranya kawan-rapat-slash-skandal-cinta pasangan akan menyanyi di majlis perkahwinan kalian nanti?
Mestilah rasa paranoid kan! Apa pula tetamu kata nanti. Tetapi itulah yang mungkin akan terjadi pada majlis resepsi di antara Justin Bieber, Hailey Baldwin dan skandal di dalam hubungan tersebut, Shawn Mendes
Shawn Mendes dan Hailey Baldwin terang-terangan sudah menidakkan wujudnya rasa cinta di antara mereka. Sekadar berkawan rapat saja kerana mereka ‘sekepala’.
Shawn Mendes hanya menemani Hailey sebagai rakan karib ketika Met Gala 2018, Mei lalu.
Jadi apabila media bertanya kepada Shwan sekiranya dia akan dijemput menyanyi di majlis Justin dan Hailey, Shawn terus menjawab, “Sudah tentu saya mahu. Saya belum mendapat undangan lagi, tetapi saya yakin mereka inginkannya (Shawn menyanyi),” katanya kepada Elle.
Ads
Hhm, interesting.
Nak tau apa lagi yang interesting? Ini dia 3 khabar angin yang telah kami dengar setakat ini mengenai majlis resepsi tersebut.
01
Baru-baru ini, Justin dan Hailey telah ke muzium Stratford Perth di Ontario, Kanada untuk melihat pameran ‘Justin Bieber Steps to Stardom’ yang mempamerkan barang-barang milik Justin.
Ads
Justin katanya memperkenalkan Hailey sebagai isteri kepada pihak muzium. Jadi, betulkah mereka sebenarnya telah berkahwin lebih awal? Atau bak kata Hailey, “That’s ridiculous.”?
02
Disebabkan khabar angin telah berkahwin di New York itulah, mereka dikatakan berkahwin tanpa menandatangani perjanjian pre-nup. Pre-nup penting dalam perkahwinan di Hollywood kerana ia melibatkan selebriti yang mempunyai aset berjuta atau berbilion USD.
Hailey Baldwin semasa menjadi pengapit untuk kakaknya, tahun ini.
Apabila Justin dan Hailey dikatakan terburu-buru nak berkahwin, nampaknya Justin mengendahkan pre-nup lalu mungkin berdepan risiko sekiranya mereka tak kekal lama.
Ads
03
Hailey sudah terikut-ikut dengan lokasi dating kegemaran Justin, iaitu di gereja.
Salah satu date mereka di gereja.
Sebelum ini, Justin dan Selena selalu dilihat berada di gereja Los Angelas pada malam Rabu. Kali ini, giliran Justin dan Hailey pula. Tak tahulah pengunjung gereja pada waktu itu boleh tumpukan perhatian atau starstruck dengan pasangan tersebut.
Gereja mana yang menjadi pilihan Justin dan Hailey untuk majlis rasmi kelak? Di Los Angelas atau Miami atau di rumah Justin di Kanada?
04
Bercakap mengenai lokasi, Hailey pernah memberitahu wartawan The Cut bahawa dia inginkan elemen kayu-kayan dan hutan untuk hari perkahwinannya nanti.
Tema alam semula jadi seperti inikah?
Hailey juga menambah yang dia sudahpun mempunyai wedding planner yang sedang melihat lokasi sesuai di pantai Barat. “Saya bayangkan lampu digantung di mana-mana..” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah yang diatur Anna Jobling bagi menembusi pasaran perfileman Indonesia kelihatan semakin cerah setelah aktres itu terpilih bagi membawakan watak utama filem terbaru arahan Baim Wong berjudul Lembayung.
Tampil memegang watak bernama Tantri dalam treler pertama yang menemui penonton Mei lalu, ini merupakan filem Indonesia pertama yang dibintangi Anna dan menurutnya, juga merupakan salah satu bucket list yang berjaya dicapai olehnya.
Anna Jobling.
Anna ketika ditemui REMAJA memberitahu genre filem seram terutamanya dari Indonesia adalah antara genre kegemarannya sejak kecil kerana jalan cerita dan cara penceritaannya yang menakutkan.
“I am not even kidding; I love scary movies from Indonesia. Dan begitu juga ibu saya.
“Apabila mendapat tahu saya terpilih (untuk filem Lembayung), ia ibarat impian menjadi kenyataan kerana ini merupakan salah satu impian saya sejak bergelar pelakon. Sukar untuk gambarkan kegembiraan saya bila menerima perkhabaran tersebut,” katanya yang melalui proses uji bakat sehari sahaja sewaktu Baim Wong berada di Malaysia.
Tidak Kisah Nampak Buruk, Asalkan Naratif ‘Sampai’
Demi menjayakan filem Lembayung, Anna memberitahu perlu berjauhan daripada ibunya di Kuala Lumpur dan terbang ke negara seberang untuk tempoh yang agak lama.
“Saya berada di Yogyakarta selama sebulan. Namun tidaklah sehingga tahap homesick memandangkan (Anna dan ibunya) berhubung pada setiap hari. Kebanyakan waktu penggambaran di sana adalah pada malam hari dan saya tiada masalah mencuri masa bertanya khabar kepada ibu pada sebelah siang.
“Saya tidak mahu spoil mengenai jalan ceritanya tetapi anda dapat melihat saya melakukan sesuatu yang baharu menerusi filem ini. Bila berlakon, saya tidak boleh kisah sama ada saya kelihatan cantik atau tidak; lebih-lebih lagi untuk babak filem seram untuk mendalami tuntutan emosi watak tersebut.”
“Lagipun, apa yang akan ditonton itu bukannya saya tetapi karakter yang saya pegang. Saya tidak kisah jika perlu menangis buruk-buruk sehingga hingus terkeluar asalkan naratif ‘sampai’,” kongsi Anna lagi.
Lembayung bakal menemui penonton pada tahun 2024 namun masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Klik pautan di bawah bagi menyaksikan treler pengenalan Lembayung.
Dalam pada itu, Anna kongsikan bahawa dirinya kini bersilih ganti antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Begitupun, dia masih tidak melupakan peluang membintangi drama bersiri tempatan di Malaysia demi mengubati rindu peminat yang ingin menontonnya di kaca televisyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kita sedang dalam situasi berjaga-jaga, sedih dan cemas dengan kehadiran wabak Covid-19, sekurang-kurangnya ada berita baik yang diterima pada hari ini.
Menurut portal dari China berjudul China Global Television Network (CGTN), mereka menamakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang daripada 2 orang tokoh perubatan dunia yang paling dipercayai.
Dua lagi tokoh yang digelar ‘Hero Dunia’ dan ‘Penyampai Kebenaran’ itu termasuklah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Dari kiri: Dr Anthony Fauci dan Dr Ashley Bloomfield.
Sebelum wabak Covid-19 melanda dunia tiada siapa yang begitu mengenali siapakah mereka bertiga. Namun, kehadiran mereka sebagai penyampai situasi semasa di negara masing-masing untuk memberi saranan kesihatan amat menenangkan rakyat.
Like seriously, how many of us tune in to Dr Noor Hisham’s speech every afternoon? *Me!*
Untuk pengetahuan, Dr Noor Hisham telah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan pada masa yang sama masih menjalankan tugasan di Hospital Putrajaya sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin (sistem dalam badan yang menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam saluran darah).
Selain muncul di kaca televisyen, beliau juga aktif membuat posting di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam demi memberikan info terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik, siri variety popular Korea iaitu Running Man bakal menayangkan episod ke 542 sejak mula ke udara!
Cepat kan! Kami masih teringat episod terawal rancangan tersebut yang menjemput beberapa selebriti K-Pop dan K-Drama seperti Jessica Jung, Nickhun 2PM dan Son Dam-bi.
Selama ini, Running Man juga pernah berpeluang untuk menjemput bukan saja selebriti dari Korea Selatan. Malah beberapa nama besar dari luar bidang hiburan juga pernah menyertainya sebagai tetamu undangan.
Ini termasuklah pemain bola lisut profesional iaitu Choo Shin-soo dan Ryu Hyun-jin (episod 119), Jackie Chan (episod 135) dan pemain bola sepak, Park Ji Sung (episod 95-97 dan episod 152-154).
Kemunculan Istimewa
Namun, tiada siapa yang menjangkakan Running Man juga akan menjemput selebriti Hollywood gred A sebagai tetamu undangan akan datang!
Khabar angin yang sudah kedengaran sejak beberapa hari yang lalu akhirnya bakal direalisasikan! Running Man akan disertai oleh pelakon filem Mission: Impossible: Fallout termasuklah Tom Cruise, Henry Cavill (pernah berlakon untuk Superman) dan Simon Pegg (pernah berlakon untuk Star Trek).
Berita tersebut telah disahkan oleh pihak produksi dan stesen televisyen, SBS. Baru-baru ini, SBS telah memuat naik video teaser yang menampilkan Tom Cruise semasa mereka sedang menjalani sesi penggambaran untuk episod 542.
Kemunculan Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg ini adalah sebahagian daripada misi promosi filem terbaru Mission: Impossible di Korea Selatan.
Untuk filem yang akan ditayangkan pada 27 Julai ini, Ethan Hunt (Tom) akan menentang Solomon Lean (Sean Harris) yang berjaya melarikan diri. Henry Cavill pula akan melakonkan watak agen CIA, August Walker.
Episod Running Man istimewa ini pula akan ditayangkan pada 22 Julai. Tak sabarnya, AIGOO!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada 26 Mac,...