Shawn Mendes Akan Menyanyi Di Resepsi Justin & Hailey? Lihat 4 Lagi Rumors Majlis Tersebut

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

 

Apa perasaan korang sekiranya kawan-rapat-slash-skandal-cinta pasangan akan menyanyi di majlis perkahwinan kalian nanti?

 

Mestilah rasa paranoid kan! Apa pula tetamu kata nanti. Tetapi itulah yang mungkin akan terjadi pada majlis resepsi di antara Justin Bieber, Hailey Baldwin dan skandal di dalam hubungan tersebut, Shawn Mendes

Shawn Mendes dan Hailey Baldwin terang-terangan sudah menidakkan wujudnya rasa cinta di antara mereka. Sekadar berkawan rapat saja kerana mereka ‘sekepala’.

Shawn Mendes hanya menemani Hailey sebagai rakan karib ketika Met Gala 2018, Mei lalu.

Jadi apabila media bertanya kepada Shwan sekiranya dia akan dijemput menyanyi di majlis Justin dan Hailey, Shawn terus menjawab, “Sudah tentu saya mahu. Saya belum mendapat undangan lagi, tetapi saya yakin mereka inginkannya (Shawn menyanyi),” katanya kepada Elle.

Hhm, interesting.

Nak tau apa lagi yang interesting? Ini dia 3 khabar angin yang telah kami dengar setakat ini mengenai majlis resepsi tersebut.

 

01

Baru-baru ini,  Justin dan Hailey telah ke muzium Stratford Perth di Ontario, Kanada untuk melihat pameran ‘Justin Bieber Steps to Stardom’ yang mempamerkan barang-barang milik Justin.

Justin katanya memperkenalkan Hailey sebagai isteri kepada pihak muzium. Jadi, betulkah mereka sebenarnya telah berkahwin lebih awal? Atau bak kata Hailey, “That’s ridiculous.”?

 

02

Disebabkan khabar angin telah berkahwin di New York itulah, mereka dikatakan berkahwin tanpa menandatangani perjanjian pre-nup. Pre-nup

penting dalam perkahwinan di Hollywood kerana ia melibatkan selebriti yang mempunyai aset berjuta atau berbilion USD.
Hailey Baldwin semasa menjadi pengapit untuk kakaknya, tahun ini.

Apabila Justin dan Hailey dikatakan terburu-buru nak berkahwin, nampaknya Justin mengendahkan pre-nup lalu mungkin berdepan risiko sekiranya mereka tak kekal lama.

 

03

Hailey sudah  terikut-ikut dengan lokasi dating kegemaran Justin, iaitu di gereja.

Salah satu date mereka di gereja.

Sebelum ini, Justin dan Selena selalu dilihat berada di gereja Los Angelas pada malam Rabu. Kali ini, giliran Justin dan Hailey pula. Tak tahulah pengunjung gereja pada waktu itu boleh tumpukan perhatian atau starstruck

dengan pasangan tersebut.

Gereja mana yang menjadi pilihan Justin dan Hailey untuk majlis rasmi kelak? Di Los Angelas atau Miami atau di rumah Justin di Kanada?

 

04

Bercakap mengenai lokasi, Hailey pernah memberitahu wartawan The Cut bahawa dia inginkan elemen kayu-kayan dan hutan untuk hari perkahwinannya nanti.

Tema alam semula jadi seperti inikah?

Hailey juga menambah yang dia sudahpun mempunyai wedding planner yang sedang melihat lokasi sesuai di pantai Barat. “Saya bayangkan lampu digantung di mana-mana..” katanya.

Published by
FZ