Rezeki manusia, hanya Yang Esa serba mengetahui.
Begitulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan perjalanan kerohanian pelakon dan pengacara HLive, Shaza Bae yang kini berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kena Balance Lah Akhirat..” Ibu Shaza Bae Gembira Anaknya Berpeluang Tunai Umrah Sulung – REMAJA
Buat pertama kalinya, Shaza telahpun berkongsi mengenali perjalanan Umrahnya buat tatapan umum. Menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram, Shaza meletakkan kunjungannya ke rumah Allah itu sesuatu yang amat berbeza berbanding trip-trip solonya sebelum ini.
“Saya ingat lagi apabila ibu saya berkata, “Kalau dah mampu buat Umrah, jangan tangguh-tangguh.
“Hati kecil saya berbisik, ‘Tapi saya belum bersedia lagi, saya ingin pergi apabila saya sudah bersedia.”
“Dan secara tiba-tiba pada bulan Oktober tahun lalu, saya merasa jiwa saya kosong. Saya boleh bangun pada setiap hari, bekerja, lakukan rutin harian dan kelihatan seperti biasa dari luaran buat di dalam, saya merasai amat-amat tidak gembira.
“Dalaman saya bertambah lemah dan lemah tanpa saya sedari..”
“Dari situlah, saya merasakan keinginan untuk pergi (menunaikan Umrah). Belum pernah lagi saya rasakan desakan perasaan sebegini,” ujarnya.
Shaza sememangnya bersifat adventurous orangnya. Sekiranya diberi pilihan untuk merantau di tempat orang buat seketika waktu, juara Dewi Remaja 2019 ini bukanlah individu yang wajib berteman.
Time after time, Shaza sudahpun membuktikan kepada diri sendiri bahawa ekplorasi fizikal dan nurani di sesebuah lokasi juga mampu ditemukan dengan momen-momen magikal menerusi trip solo.
“Saya katakan pada diri sendiri, jika saya boleh tinggal di luar negara dan mendaki Gunung Kinabalu sendiri, saya pasti saya boleh lakukan ini (Umrah secara solo) juga.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Niat Kena Betul…”, Shaza Bae Kongsi Tip Daki Gunung Kinabalu Untuk ‘Newbie’ – REMAJA
“Saya rasakan AMAT nervous, beberapa hari sebelum bertolak saya sudahpun mula menangis. Perasaan sebak tanpa sebab itu sememangnya wujud,” kata Shaza.
Tambahnya menerusi hantaran di Instagram Story, di sana dia berdepan komplesiti kesihatan apabila jatuh sakit seperti demam, sakit kepala dan muntah selepas menamatkan pusingan Umrah pertamanya.
Berkat doa serta keizinan yang diperolehi daripada ibu bapanya untuk mengerjakan Umrah secara solo, sebaik sahaja dia menelefon kedua-dua orang tuanya itu, perlahan-lahan kesihatannya kembali pulih.
“Itulah kuasa ibu bapa kita. Petang itu juga saya sudah boleh menunaikan Tawaf sunat saya.
“Alhamdulillah, (saya) memulakan tahun ini dengan ke rumah Allah. Terima kasih ya Allah kerana telah menjemputku sebagai tetamuMu,” simpul Shaza Bae.
BACA LAGI: SHAZA BAE: Tidak Mudah Memikul Gelaran Dewi Remaja – REMAJA
FOTO: Instagram Shaza Bae
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.