Nampaknya rezeki menyebelahi juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae apabila terus bergiat aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu, personaliti ini menjadi peneraju utama dalam drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku di slot MegaDrama Astro Ria.

Drama bergenre komedi ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh. Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil bernama Abu.

Pernah Dikacau Di Set ‘Jangan Ganggu Jodohku’, Shaza Bae Tak Serik Berlakon Genre Seram
Instagram: @shazabae

Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis itu. Jadi, setiap kali lelaki meminati Aliza pasti jin tersebut melakukan sesuatu agar mereka menjauhi anak gadis ini.

Pernah Dikacau Di Set ‘Jangan Ganggu Jodohku’, Shaza Bae Tak Serik Berlakon Genre Seram
Instagram: @shazabae

“Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada untuk saya dan kali ini, saya memegang watak utama dalam sebuah drama komedi seram. Apa yang menariknya, ini merupakan pertama kali genre komedi seram disiarkan dalam slot MegaDrama,”

Ads

“Watak Aliza ini cukup berat untuk dibawa kerana saya perlu banyak melakonkan babak dirasuk. Walaupun bergenre komedi, tetapi setiap kali Aliza dirasuk, saya perlu menjadi seorang yang serius dan bermain dengan emosi,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

“Kelainan yang dirasakan pada watak kali ini, lebih banyak aksi yang mencabar perlu dilakukan oleh saya untuk menghayati watak Aliza. Babak rasuk yang terlalu banyak membuatkan saya sedikit penat dan saya juga perlu melakukan stunt seperti tidur di kubur, mandi air sabun dan macam-macam lagi,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

“Sewaktu melakonkan babak pertama dalam drama ini, saya dan Noreen seperti dirasuk. Badan dan jantung saya seakan ditarik, tiba-tiba sahaja bulu roma naik. Pihak produksi terus meminta untuk saya masuk ke dalam bilik dan ketika itu saya menangis semahunya tanpa bersebab,”

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

“Sepanjang berada di lokasi penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku, saya sering membaca ayat Kursi kerana tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku. Alhamdulillah, kejadian dirasuk itu hanya berlaku sekali sahaja dan kami dapat menyelesaikan penggambaran dengan selamat,” ujar Shaza.

Selain Shaza Bae, drama ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.

Ads

Jangan lupa saksikan ‘Jangan Ganggu Jodohku’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI