Malang menimpa aktres berbakat besar, Shaza Bae apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Kejadian sekitar jam 9.59 malam tersebut berpunca daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang pemandu mabuk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Henti Belajar, Baca Dan Baca” -Berjaya Sebagai Pelakon & Hos, Shaza Bae Kini ‘Terjun’ Pula Ke Bidang Perniagaan

Shaza Bae Terlibat Dalam Kemalangan Gara-Gara Pemandu Mabuk

Menurut juara Dewi Remaja 2019, kemalangan itu bermula apabila sebuah kereta Ford melanggar sebuah kereta Axia di hadapan mereka.

Pelanggaran tersebut menyebabkan Axia berpusing dan melanggar kereta pemandu peribadi Shaza. Kejadian itu turut melibatkan empat lagi kenderaan.

Shaza bagaimanapun menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila semuanya selamat dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Shaza Bae Terlibat Dalam Kemalangan Gara-Gara Pemandu Mabuk

“Kami masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai wanita hamil yang memandu kereta Axia. Pemandu kereta Ford itu dalam keadaan mabuk. Saya berasa sangat bersyukur kerana saya masih hidup, dan Allah Maha Pelindung,” tulisnya pada hantaran di Instagram.

Pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu juga menitipkan nasihat buat orang ramai agar tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Pengajaran daripada insiden ini adalah untuk tidak memandu ketika mabuk. Patuhilah had laju yang ditetapkan dan jangan biarkan kecuaian anda meragut nyawa orang lain yang tidak bersalah,” tambahnya.

Shaza Bae difahamkan baru pulang dari penggambaran drama Dalam Sangkar Cinta Marina di Seremban, Negeri Sembilan, ketika kejadian tersebut berlaku.

Shaza Bae Terlibat Dalam Kemalangan Gara-Gara Pemandu Mabuk

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Shaza Bae

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI