SHE IS BACK! 6 Gaya LADY GAGA Dalam ‘House of Gucci’ Memang Wow

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Peminat fesyen sedunia kini mempunyai sebuah lagi filem untuk mereka saksikan tidak lama lagi

 

Sejak foto-foto belakang tabir dari set penggambaran filem House of Gucci tersebar sekitar bulan Mac 2021, keterujaan peminat filem, peminat fesyen dan tentunya Little Monsters (gelaran yang diberikan kepada peminat Lady Gaga) tidak dapat dibendung lagi.

House of Gucci bukan saja mengimbas peristiwa penting dan dramatik yang pernah berlaku kepada keluarga Gucci dari era 1970-an hingga 1990-an. Filem ini juga menjadi medan gaya fesyen terbaik dipertontonkan semula kepada penonton dan ia khabarnya mendapat inspirasi daripada arkib Gucci sendiri.

Jalan cerita House of Gucci melangkaui tiga dekad dan akan menampilkan perubahan trend fesyen selama 30 tahun menerusi karakter yang dilakonkan oleh Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani bersama sama pelakon lain seperti Adam Driver, Salma Hayek, Jared Leto dan Al Pacino.

ARTIKEL BERKAITAN : Keluarga GUCCI Kutuk Pembabitan Lady Gaga Dalam Filem Ini – REMAJA

Tanggungjawab menyiapkan pakaian para pelakon ini dipikul oleh pereka kostum filem House of Gucci, Janty Yates.

Untuk pengetahuan, Janty juga merupakan individu yang menjayakan kostum filem-filem epik seperti Gladiator (2000) di mana dia memenangi anugerah Oscars bagi kategori Rekaan Kostum Terbaik, Kingdom of Heaven (2005), Robin Hood (2010) dan The Martian (2015).

Poster pertama Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani. Sumber FOTO : LA TIMES
Patrizia Reggiani semasa acara pengebumian suaminya. Sumber FOTO : BUZZ FEED

Tumpuan tentunya terarah kepada gaya Patrizia Reggiani (Lady Gaga) semasa beliau membesar, mengikut jejak langkah ibunya berkahwin ahli perniagaan kaya-raya (Maurizio Gucci) dan semasa beliau merancang pembunuhan Maurizio pada tahun 1995.

Jom lihat enam gaya Gaga paling ikonik dalam filem House of Gucci berdasarkan poster dan teaser filem tersebut.

 

01

Gaya di lapangan ski dengan memakai goggle berjenama Christian Dior dan sut ski merah kedam sambil menyisip minuman espresso. *Ahh.. bau duit*

 

02

Masih di lapangan ski tetapi kali ini bersama-sama suaminya yang dilakonkan oleh Adam Driver. Masing-masing tampil mewah dengan padanan klasik hitam-krim-putih. Patrizia pada waktu ini sedang bersiap sedia dengan perancangan jahatnya dan dia menyarungkan topi bulu jenis Cossack, turtleneck dan juntaian rantai bagi melengkapkan gayanya. Hhm, penulis tidak dapat gambarkan Patrizia bermain ski dalam persalinan ini. Hehe..

 

03

OMG. Ini mungkin adalah persalinan kegemaran kami pada Lady Gaga setakat ini. Walaupun ringkas dalam dress Bvlgari keemasan dengan neckline dramatik yang diperbuat daripada batuan permata kecubung, nilam serta berlian, persalinan ini mengingatkan penulis kepada gaya aktres dalam filem-filem retro dahulu. Think 007

 

04

Bukan keluarga Gucci lah namanya jika gaya mereka tidak berubah-ubah. Kali ini, Patrizia tampil berlainan dalam persalinan lace putih dengan tali pinggang hitam yang membuatkannya kelihatan ‘bossy’ dan bersesuaian dengan usianya dalam filem ini.

 

05

Era 80-an terkenal dengan corak retro seperti polka dot dan filem House of Gucci pantas mengambil ‘reference’ tersebut bagi watak Patrizia. Ditambah pula dengan potongan lengan ‘puffed’ dan statement necklace

besar, Patrizia kelihatan semakin bersedia untuk perancangan pembunuhannya!

 

06

Akhir sekali adalah gaya yang ‘paling Gucci’ dalam teaser tersebut. Gaga tampil mahal dalam dress rekaan sebenar Gucci dengan kot berbulu labuh. Inilah salah satu persalinan kostum yang mengambil inspirasi daripada arkib Gucci kerana ia mempunyai momen signifikan bagi jalan ceritanya.

*

Bagi yang belum menonton teaser House of Gucci, klik pada pautan di bawah.

Dan bagi yang ingin menonton tayangan perdana filem House of Gucci pada awal Januari ini, jom sertai peraduan #WayangRemaja dengan menjawab soalan mudah dalam pautan di bawah.

PERADUAN : #WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem House Of Gucci – REMAJA

Published by
FZ