
Hahh jangan terkejut, bukan sahaja orang Malaysia sahaja yang minat, suka dan kagum dengan vokal gadis kecil molek, Erni Zakri. Orang-orang Korea juga obses tau dengan penyanyi-penyanyi Malaysia.
Ini buktinya!
Laman youtube chili padi brothers ini sering membuat review dan reaksi tentang Malaysia daripada tempat, makanan dan sebagainya. Namun baru-baru ini mereka ada membuat review vokal dan persembahan Ernie Zakri di malam Anugerah Juara Lagu 34.
Rata-rata mereka berdua seperti tidak percaya dengan kehebatan suara ‘power’ gadis kecil molek ini. Dan beberapa kali mereka memuji serta meremang bulu. Ha baru tahu kehebatan suara penyanyi Malaysia…
Okay tak nak cakap banyak, korang dengar la sendiri. Korang pun mesti meremang bila mendengarnya.
Komen Netizen!
Video tersebut juga mendapat pelbagai komen daripada netizen. Rata-ratanya memuji kehebatan vokal Ernie yang kedengaran persis seperti rakaman.
Ini antara komen yang sempat penulis kongsikan.
Best Vocal Ever
Vocal Queen!
Ramainya yang meminati vokal Ernie ni, to be honest penulis pun salah seorang peminat vokal gadis genit ni. Apapun all the best buat Ernie Zakri.
Sumber : Youtube
“Lelaki Tidak Boleh Pakai…”, Aisyah Hijanah Kongsi Hukum Pakai Baju Kelawar

Baju kelawar memang selesa dipakai, dan semestinya ia sinonim sebagai salah satu pakaian wanita. Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya mengenai hukum jika lelaki memakai baju kelawar.
Melalui perkongsian di Tiktok, Aisyah memaklumkan bahawa baju kelawar itu asalnya dicipta untuk golongan wanita dan ia tidak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki walaupun ketika berada di rumah.

“Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?”
“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi dekat sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita”
Katanya, meskipun itu hanya nampak seperti baju tidur ataupun seperti satu kain selembar. Baju kelawar dipakai oleh golongan wanita, maka tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.

“Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat”
Aisyah juga tampil memberi pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia Negara Kedua Di Dunia Paling ‘Taasub’ Dengan Media Sosial – Kajian

Pernah dengar dengan istilah social media addiction? Ia merupakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang menghabiskan terlalu banyak masa melayari laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan pelbagai platorm lain.
Satu kajian yang dijalankan di Washington mendedahkan negara-negara di dunia yang paling banyak menggunakan platform media sosial, atau boleh dikira ‘ketagih’.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Ketagih’ Telefon Pintar & Gajet Punca Remaja Makin Lemah Bahasa Malaysia, Betul Ke?

Guess what? Malaysia juga tersenarai dalam kajian itu dan mendapati berada di kedudukan kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial di dunia.
Tempat pertama bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial adalah milik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mencatatkan skor 9.55 daripada 10. Keputusan itu membuatkan Malaysia berkongsi kedudukan dengan rakan serantau, Filipina, lapor laman berita Agensi.
Menurut laman itu, kajian dilakukan syarikat pembekal proksi, Proxyrack turut mendedahkan negara ini berada di tempat ketiga dari segi negara yang mempunyai keterhubungan paling meluas dengan hampir 97 peratus daripada populasinya menggunakan internet.
Malaysia dan Filipina berada di tempat kedua dengan merekodkan skor sebanyak 8.75, diikuti dengan Arab Saudi (8.41), Singapura (7.96), Vietnam (7.62), Brazil (7.62), Thailand (7.61), Indonesia (7.5) dan Hong Kong (7.27).
UAE berada pada kedudukan utama pada hampir semua kategori laporan tersebut, yang menganalisis beberapa faktor seperti penggunaan internet, platform media sosial, langganan jalur lebar tetap, langganan telefon mudah alih serta peratusan populasi yang menggunakan internet.

“UAE bagaimanapun mempunyai perkhidmatan internet paling mahal di dunia iaitu lebih AS$100 (RM445.29),” kata laporan yang sama.
Ini diikuti dengan Arab Saudi (AS$72 atau RM320.60) dan Amerika Syarikat (AS$70 atau RM311.70) di tiga kedudukan teratas.
Sementara itu, laporan tersebut turut mendapati penduduk Afrika Selatan menghabiskan masa paling banyak menggunakan internet dalam sehari iaitu 9 jam dan 38 minit, diikuti dengan Brazil (9 jam dan 32 minit) serta Filipina (9 jam dan 14 minit).
Rakyat Malaysia pula memperuntukkan kira-kira 8 jam dan 6 minit sehari untuk menggunakan internet. Dalam pada itu, bagi kategori akses internet terbaik, Korea Selatan berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan skor 8.52 serta hampir 98 peratus populasinya menggunakan internet yang ditawarkan pada harga purata AS$21 (RM93.50).
Ini diikuti dengan Hong Kong (skor 7.9), Denmark (skor 7.22), UAE (skor 6.59) dan Malaysia (skor 6.19) di lima kedudukan teratas.
Menurut pakar-pakar, negara-negara seluruh dunia menyaksikan peningkatan penggunaan internet selepas pandemik Covid-19. Ini dipacu oleh trend perniagaan dan individu yang terpaksa berjual beli secara online ketika pandemik, yang akhirnya menjadi kebiasaan setiap orang sehingga kini.
Tapi ingat! Gunakan telefon pintar dan gajet sebagai pemangkin untuk kehidupan kamu lebih senang, berpengetahuan dan berilmu.
BACA LAGI : 7 Selebriti Korea Yang Tidak Mempunyai Akaun Peribadi Media Sosial
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lagi Kes Keracunan Puding Buih Di Bazar Ramadan, Doktor Jelas Empat Puncanya!

Keracunan makanan dan bazar Ramadan memang tak boleh dipisahkan.
Jika dua tahun lepas penduduk di Kampung Rusila, Marang, Terengganu, berduka apabila mereka terpaksa berhari raya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kerana disyaki keracunan makanan.
ARTIKEL BERKAITAN : Gara-gara Puding Buih ‘Beracun’! 74 Orang Berhari Raya Di Hospital!!

Kejadian malang yang menimpa penduduk kampung terbabit dikatakan angkara memakan puding buih lalu menyebabkan dipercayai keracunan makanan selepas menikmati hidangan pencuci mulut itu ketika berbuka puasa pada hari terakhir Ramadan pada Sabtu, 23 Mei 2020.
Baru-baru ini, kejadian ini kembali terjadi kepada dua beradik yang mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan Rabu lalu.
Rentetan dari itu Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah menyenaraikan di Facebooknya 4 faktor berikut bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya keracunan puding buih ini serta mengelakkan kes seumpama ini dari terus berulang di masa hadapan.
PUDING BUIH DAN KERACUNAN MAKANAN
Hari ini ada kes keracunan makanan disyaki akibat puding buih di bazar. Sampel telah dihantar ke makmal untuk pengesahan. Kes keracunan berkaitan puding buih ni, bukan kali pertama terjadi.
Untuk makluman, pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan hampir 100 orang mangsa, dan ada yang meninggal dunia. Kes berkenaan juga berpunca dari puding buih yang dijual di bulan Ramadan.
Pengendalian bahan mentah yang tidak sempurna semasa penyediaan puding buih lazimnya menjadi punca keracunan makanan kepada pengguna. Berikut adalah 4 perkara yang perlu diberi perhatian:
◾TELUR
Telur perlu dipastikan masih elok dan dicuci bersih sebelum digunakan. Telur yang kotor atau telur yang sudah rosak boleh dicemari oleh bakteria Salmonella. Bakteria ini menyebabkan keracunan makanan.
◾TEKNIK PENYEDIAAN
Putih telur dipukul sehingga kembang berbuih dan ia tidak dimasak. Untuk jadikannya selamat, telur perlu dimasak sekurang-kurangnya 75°C. Jika perlukan suhu kurang daripada itu, gunakan telur terpasteur.
◾SUHU PENYIMPANAN
Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana pembiakan bakteria akan berlaku. Puding buih perlu disimpan pada suhu sejuk dingin iaitu antara 0 hingga 10°C.
◾TEMPOH PENYIMPANAN
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut menyebabkan keracunan makanan.
Penyediaan puding buih ini amat sensitif: bahan perlu segar, penyediaan perlu betul, suhu perlu dijaga, masa perlu diperhati. Oleh itu, peniaga perlu pastikan semua perkara ini terjamin.
Keselamatan pengguna seharusnya jadi keutamaan.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan