“Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila..”
Begitulah di antara kata-kata yang keluar dari penyanyi, Shila Amzah sendiri apabila mengumumkan perpisahannya dengan kekasih, Ubai pada Rabu, 24 Mei 2023.
Jodoh pasangan yang satu ketika dahulu hangat bercinta ini dan terbuka berkongsi kisah cinta mereka bersama peminat di media sosial ini nampaknya tidak berkekalan lama apabila hubungan mereka sekadar berkekalan kira-kira lima bulan sahaja.
Biarpun terdahulu mereka pernah menunjukkan tanda-tanda ingin menamatkan zaman bujang dan janda; namun Shila tampil dengan hantaran di Instagram pula pada hari ini bagi memberi gambaran hubungan sudahpun terlerai.
“Thank you for the wonderful 5 months.
“You’ve been a great partner to me, thank you for showing love to Seth (anak lelaki Shila Amzah daripada perkahwinan dahulu).
“I will only wish the best for you, saya doakan awak dimurahkan rezeki. Dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati @ubaimz.
“Thank you for everything. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” catatnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat Shila juga menyatakan perasaan terkejut mereka setelah membaca bahagian kapsyen yang dimuat naik tengah hari tadi.
“Asal weyhhh Shillllaaaaaa?”
“Larrhhhh pularkkkk shielaa..”
“Tak jadi kawin ke.”
Tidak ketinggalan, ada juga peminat yang merasakan ini bukanlah pengakhiran hubungan Shila dan Ubai. Sebaliknya, mereka sekadar untuk memberi petunjuk bahawa mereka mengucapkan selamat tinggal kepada alam kekasih dan bersedia menempuhi alam perkahwinan pula.
Ada juga peminat yang merasakan ini merupakan cara ‘unik’ Shila untuk mengucapkan salam ulang tahun lima bulan buat Ubai.
Pula dah, kreatif betul cara Shila jika benar dakwaan warganet itu.
Apapun nasib kisah cinta Shila dan Ubai ini, kita doakan sajalah yang baik-baik buat mereka berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.