Hiburan

Shila Amzah, Ubai Dapat Baby Girl! Sebak Ketika Laungkan Azan

Share

Penyanyi, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira, pada 9 Mei semalam.

Hal itu dikongsi sendiri oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai melalui aplikasi Instagram. 

Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta”

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga”.

Kredit: Instagram ubaimz

Kata Ubai, dia bersyukur apabila melihat isterinya sihat dan selamat melahirkan. Dia juga merasa sebak dan terharu ketika melaungkan azan pada buah hati baru mereka.

Menurutnya lagi, jika ibu tercinta masih berada di dunia. Sudah pasti arwah akan berasa gembira dengan kehadiran cucu pertamanya.

Kredit: Instagram ubaimz

“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy ☺️”

“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira ❤️”.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu selepas Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada tahun 2022, selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE