‘Aku yang dulu bukanlah yang sekarang….’
Begitulah bait-bait lagu dari penyanyi Tegar yang pernah tular suatu ketika dahulu sehinggakan hampir setiap stesen radio memainkan lagu tersebut berulang kali.
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Beri Bayangan Putus Cinta Selepas 5 Bulan, Namun Peminat Ada Teori Berlainan
Pencapaian yang dicapai penyanyi tersebut membolehkan dirinya untuk mendirikan mahligai perkahwinan pada usia yang muda iaitu 19 tahun. Namun malangnya, kebahagiaannya bersama isterinya, Sarah Sheilka musnah menjadi debu apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Namun, baru-baru ini tular apabila bekas isterinya membuat kejutan dengan mengumumkan yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
Berita tersebut dikongsikan oleh Sarah menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannnya di Instagram, difahamkan Sarah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya itu pada 21 Mei yang lalu.
“21.05.23. It’s not a good number, but it’s a beautiful day,” tulisnya.
Difahamkan juga, ini merupakan pernikahan Sarah yang ketiga. Wow…..
Menerusi laporan portal Brillio, majlis pernikahan tersebut dikatakan berlangsung mewah di sebuah hotel di Bandung, Indonesia.
Pada majlis berkenaan, bekas isteri penyanyi itu kelihatan anggun seperti puteri raja dengan mengenakan gaun putih sementara Andy pula kelihatan kemas menggayakan tuxedo hitam.
Sekadar info, Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang. Selain itu, hasil perkahwinan mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo