Shopee Cari Rakan Penghantar, Bakal Perkenalkan ShopeeFood Di Selangor & KL

Share

Selepas kejayaan menjadi antara medium belian secara dalam talian pilihan pengguna, Shopee kini khabarnya bakal memperkenalkan perkhidmatan tempahan makanan yang dinamakan ShopeeFood.

Perkhidmatan ini lebih kurang seperti GrabFood dan Foodpanda dan buat masa ini hanya akan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Menurut ciapan di laman twitter Shopee Malaysia, platform ini sedang mencari Rakan Penghantar ShopeeFood di Kuala Lumpur dan Selangor dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

• Warganegara Malaysia (kad pengenalan biru)
• Berumur 18 tahun ke atas
• Mempunyai lesen motosikal (sekurang-kurangnya mempunyai lesen P dan ke atas)
• Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
• Tiada rekod jenayah lampau PDRM
• Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee

Sebelum ini, ShopeeFood telah pun diperkenalkan oleh Shopee Indonesia dan kini nampaknya Malaysia juga bakal mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan di aplikasi tersebut.

Dengan aplikasi mudah alih, pengguna dapat memesan makanan daripada pelbagai vendor yang mengambil bahagian dan akan dihantar ke rumah korang dalam masa terdekat. Apa yang membezakannya dengan aplikasi lain adalah kemampuan yang membolehkan pengguna membayar makanan mereka menggunakan e-wallet ShopeePay.

Wah makin banyaklah pilihan penghantaran makanan yang boleh dibuat nanti. Inisiatif ini juga sedikit sebanyak dapat membuka rezeki para peniaga untuk menambah pendapatan sewaktu musim pandemik ini.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman