Shopee Kini Ada ‘SLoan’, Pinjaman Kewangan Sehingga RM100,000

Share

Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.

Aplikasi Shopee antara platform yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli secara atas talian. Namun begitu, aplikasi ini telah menapak selangkah kehadapan apabila memperkenalkan pinjaman alternatif terhadap para penggunanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Aplikasi TikTok Saingi Shopee, Akan Perkenal Kedai Atas Talian Di Malaysia 

Shopee SLoan Foto Via Amanz

Sebelum ini juga, Shopee telah memperkenalkan kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan tiada isu syariah (tiada riba) sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Shopee melihat potensi pasaran yang besar menerusinya lalu mahu menawarkan sebuah perkhidmatan pinjaman kewangan yang dinamakan sebagai SLoan.

Disahkan Dalam Masa 24 Jam

Melalui SLoan ini, ia memberikan akses kepada pinjaman kewangan yang disahkan dalam masa tempoh 24 jam. Seperti servis pinjaman lain, setiap pengguna bakal menerima jumlah had pinjaman yang berbeza bergantung kepada penggunaan.

Foto: Marketing Interactive

SLoan juga mempunyai caj-caj pemprosesan, penalti lewat bayaran sebanyak 8% kadar faedah dan sebagainya. Shopee dilihat memperkenalkan SLoan ini secara berperingkat kepada pengguna melalui aplikasi Shopee.

Suka diingatkan, orang ramai mestilah menyemak pelbagai terma dan syarat terlebih dahulu.

Ingat, fikir sebaik-baiknya sebelum melakukan sebarang pinjaman. Pastikan anda mendahulukan keperluan asas daripada kemahuan kerana hutang boleh menjerat.

BACA LAGI : Shopee SPayLater Kini Patuh Syariah, Tiada Lagi Caj Lewat Bayar

Sumber :Amanz, Shopee

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana