Membeli-belah secara atas talian sudah menjadi pilihan kebanyakan remaja terutamanya ketika musim lockdown. Ini kerana ia bukan sahaja mudah dan cepat, malah ada barangan yang ditawarkan pada harga jauh lebih rendag berbanding di stor fizikal.
Aplikasi Shopee merupakan di antara platform e-Dagang yang sering digunakan dan pembeli diberi peluang memilih syarikat kurier penghantaran setiap kali mereka melakukan pembelian.
Namun bermula 17 Jun 2021, Shopee memaklumkan kepada penjual mereka bahawa kebebasan memilih itu tidak lagi akan diberikan kepada para pembeli. Sebaliknya, pengguna akan diberikan syarikat kurier penghantaran secara automatik oleh sistem.
Menurut laporan, pengguna hanya diberikan pilihan ‘Standard Delivery’, ‘Economy Delivery’ atau ‘Lain-lain’. Pilihan syarikat kurier akan dilakukan tanpa pengetahuan pengguna dan ia juga tertakluk kepada tetapan sesuatu kedai penjual di platform Shopee.
Perubahan cara ini mungkin sekali dilakukan kerana Shopee ingin mempromosikan perkhidmatan logistik Shopee Express ataupun Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi. Secara tidak langsung juga, mereka dapat ‘menghilangkan’ jenama syarikat kurier daripada paparan skrin pengguna.
Korang rasa wajarkah peraturan baru yang ditetapkan oleh Shopee ini? Atau ia hanya akan membebankan pengguna kelak apabila kurier yang ditetapkan bagi barangan mereka menimbulkan masalah?
Sumber: (1)