‘Shopping’ Setakat DUA Jam Saja, Spa & Salun Kuku Tidak Dibenarkan

Share

 

Well ladies (and guys), your heard that right.

 

Hanya tempoh masa DUA jam saja akan diberikan kepada setiap pengunjung di pusat membeli-belah atau di mana-mana premis peruncitan.

Syarat terbaru itu adalah di antara prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi pada hari ini.

Syarat ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk ‘memperketat’ SOP sedia ada seiring dengan perlaksanaan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang dan demi mengurangkan pergerakan rakyat di sesebuah tempat.

Bagi membantu melandaikan risiko jangkitan COVID-19 juga, setiap premis tersebut wajib mengehadkan pelanggan pada satu-satu masa mengikut ketetapan keluasan;iaitu seorang bagi setiap 4m per persegi.

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan PKP Menyeluruh, Hanya SOP Tempat Kerja & Sektor Ekonomi Lebih Ketat – REMAJA

Seperti yang telah diumumkan semalam, SOP terbaru bagi tempoh masa dua minggu ini termasuklah waktu operasi yang dipendekkan dari tempoh 6 pagi hingga 10 malam kepada 8 pagi hingga 8 malam di semua kedai runcit, makanan dan sebarang perkhidmatan penghantaran.

Perniagaan yang terkecuali daripada waktu operasi baharu ini adalah farhami dan kedai penjagaan diri.

Namun, perniagaan seperti spa, salun kuku ‘manicure & pedicure’ dan pusat penjagaan adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.

Bagi sebarang premis yang didapati tidak mematuhi SOP ini, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna tidak akan teragak-agak untuk menyarankan kepada Majlis Keselamataan Negara (MKN) agar premis tersebut ditutup saja.

Tinjauan REMAJA melihat respon balas warganet terhadap syarat baharu ini menunjukkan ramai masih keliru mengenai cara pihak berkuasa memantau kebenaran dua jam di sesebuah premis.

Adakah akan ada fungsi baharu yang akan diperkenalkan menerusi MySejahtera sebagai ‘tracking device’ atau cara lain?

Mungkin perkara ini perlu diperincikan lagi sebelum SOP baharu ini dilaksanakan bemula 25 Mei ini.

Sumber : (1)

Published by
FZ