Shuib & Watie Nikah 23 Jun Ini, Tiada Majlis Resepsi

Share

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu, bakal mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.

Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 90 peratus.

Selain itu, dia turut memaklumkan mereka telah menerima tajaan lebih RM1 juta sempena majlis perkahwinan mereka.

“Nilai tersebut merangkumi set barang kemas tajaan Siti Jewels selain busana dan lokasi perkahwinan yang ditaja pihak lain.

“Majlis tersebut akan berjalan sederhana. Cuma sayd mahukan pelamin pada majlis akad nikah itu nanti agar keluarga kedua belah pihak dapat merakamkan gambar bersama,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar yang diadakan di Astro Bukit Jalil.

Detik bersejarah penyatuan Shuib & Watie bakal dikekalkan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam rancangan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 24 Jun 2023, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.

Majlis perkahwinan Shuib & Watie turut akan disiarkan secara langsung menerusi platform Gempak pada pukul 8.30 malam, 23 Jun 2023 ini. Para penonton turut boleh strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Majlis pernikahan pasangan itu juga akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights dan akan terhad kepada 600 tetamu.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.

Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath