Wow, that is not expected.
Namun, mungkin sekali kematangan dan persediaan dalaman pelakon, Nynaa Harizal sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Menerusi siaran Instagram Live di sebuah portal hiburan pada lewat petang tadi, Nynaa mengakui hatinya kini sudahpun dimiliki dengan seorang jejaka yang mula dikenalinya sejak kira-kira empat tahun lalu.
“Kami bertemu menerusi mutual friends di satu majlis, kemudian bertukar akaun Instagram masing-masing namun tidak pula terus berkawan secara berhadapan selepas itu.
“Setelah beberapa tahun berlalu, kami kembali dipertemukan di sebuah acara dan dari situ, kami sedar kami berkongsi banyak perkara yang sama,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu.
Apabila diajukan soalan cepumas mengenai jejaka yang menambat hatinya itu, Nynaa berkata si dia pertama sekali menghormati kedua orang tuanya. Dia juga dapat menerima pekerjaan Nynaa dalam industri lakonan selain sering mengambil berat akan perjalanan kariernya.
“Dan tentunya dia seorang yang mempunyai hati yang baik. Kalau hendak diikutkan, Nynaa sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Bagaimanapun dengan situasi semasa yang tidak mengizinkan, Nynaa berserah saja kepada ketentuanNya,” jelas gadis yang gemar dengan aktiviti lasak seperti menunggang kuda, memanjat dinding (rock climbing) dan bermain ATV itu.
Whoa, did she just dropped the bomb right there?
Beranggapan perkahwinan itu adalah satu fasa dalam kehidupan mana-mana insan yang sudah bersedia, Nynaa juga tidak risaukan mengenai persepsi kononnya saham selebriti wanita akan jatuh selepas dirinya mendirikan rumah tangga.
“Nynaa banyak melihat rakan-rakan pelakon yang lebih senior seperti Amyra Rosli dan Datin Elvina Mohamad yang meneruskan momentum kerjaya selepas berkahwin. Rezeki Amyra semakin murah apabila dikurniakan watak-watak menarik dan menerima anugerah. Datin Elvina juga semakin dikenali.
“Bagi Nynaa, itu semua bergantung kepada rezeki. Perkahwinan bukanlah satu halangan dalam karier seorang pelakon wanita seperti yang disangkakan oleh ramai pihak.”
Penulis gembira mendengar perkhabaran terbaru Nynaa ini yang kini lebih matang dan mempunyai seseorang insan yang istimewa di hatinya!