Inpirasi

“Sia-sia Pakai Baju Lokap dan Dipenjara Gara-Gara Komen Jahat Di Media Sosial…” Naim Daniel Bersyukur Ambil Tindakan yang Betul

Share

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel menyifatkan satu kerugian besar kepada golongan muda sekiranya ditangkap pihak berkuasa dan dipenjarakan hanya kerana menulis komen tidak sepatutnya di media sosial.

Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin (27) berkata, ia berikutan insiden ibu bapanya yang menerima komen berbaur ugutan bunuh di media sosial yang dilakukan seorang pemuda berusia 23 tahun.

Kredit: Instagram Naim Daniel

“Dua hari selepas saya buat laporan polis berkaitan ugutan bunuh itu, pihak berkuasa dapat menangkap individu terbabit dan kami ada bertemu. Ini kerana ibu saya nak sangat berjumpa dengan pelaku berkenaan”

“Saya tak sangka orangnya masih muda dan berusia 23 tahun, tapi sanggup jadi keyboard warrior kerana mengikut orang lain dengan menulis komen tidak sepatutnya yang membawa dia ke penjara. Ia satu kerugian besar kepada dirinya”

Naim berkata kepada Harian Metro, merasakan ia satu kerugian buat individu berkenaan kerana pakai baju lokap dan dipenjara hanya gara-gara komen ugutan bunuh di akaun peribadinya.

Kredit: Instagram Naim Daniel

Jelasnya, hampir tiga jam sesi pertemuan di balai polis dengan pelaku terbabit yang disertai ibu bapanya dan abang sebagai memenuhi hasrat ibu, Nora Taherah yang teringin bersemuka dengan pelaku itu.

“Mama saya sampai mengalami anxiety (kebimbangan) yang teruk pada malam selepas dapat tahu mengenai ugutan bunuh itu. Kasihan sebenarnya dan benda itu (ugutan) memang kacau”

“Jadi, tak perlu melatah buat video marah-marah kepada pelaku terbabit dan saya terus ambil tindakan ke saluran yang betul. Lagi pun, di Malaysia ini ada undang-undang dan kita ikut saja”

Penyanyi itu turut bersyukur kerana mengambil keputusan dan tindakan yang sewajarnya untuk memberi pengajaran kepada orang lain, Naim berkata, sekarang ini dia tidak lagi mendapat komen-komen negatif dan tidak baik daripada netizen di media sosial.

Sekadar info, Naim menerima komen berbaur ugutan daripada pengguna media sosial itu berpunca daripada ciapan dibuatnya di aplikasi X mengenai isu Blockout2024. Gerakan Blockout2024 demi keadilan Palestin dimulakan pada 6 Mei lalu serentak dengan penganjuran majlis Met Gala 2024 yang juga hari sama Palestin diserang Israel.

Sumber: Harian Metro

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE